Terbaru pelakon Yaya Maembong atau dikenali sebagai Yaya telah memuat naik beberapa keping gambar bersama suaminya yang juga seorang pelakon, Wan Raja di akaun Instagram miliknya.
Sempena hari jadi suaminya itu, Yaya telah memberi ucapan manis kepada suami tersayang.
“Cayangku @wanraja.. U have shown me what it means to have the perfect marriage. Happy birthday to the best, most understanding and loving husband on earth!”
“Semoga diberi panjang umur, kesihatan yg baik dan rezeki melimpah untk kebahagian anak2 dan org2 yg kita sayangi.”
“Titik peluh dan Pengorbananmu tidak ada tandingannya, ibadah untuk keluargamu ini adalah ladang amal terbaik..terimakasih Imam ku” tulisnya.
Rata-rata netizen memuji Yaya yang memberi ucapan manis kepada suaminya.
Alahai bukan main lagi sweet tau Yaya dengan suami. Sweet sangat!
MH mendoakan supaya rumah tangga yang dibina oleh pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Yaya Maembong adalah kakak kepada pelakon terkenal, Emma Maembong dan juga Chacha Maembong.
Foto : Instagram Yaya Maembong