
Tahniah diucapkan buat pasangan duo, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran yang diumumkan sebagai pemenang Duo Terbaik mingguan Famili Duo musim tiga (FD3), pada Ahad.
Pasangan sepupu ini sukses meraih markah sebanyak 62.5 peratus selepas menerima reaksi positif dua juri tetapnya, Ajai dan Mas Idayu.
Atas kemenangan tersebut, Haqiem dan Ariff berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Haqiem dan Ariff mempersembahkan lagu Janam Janam, Goyang Inul dan Cintaku 100% bagi menyempurnakan tema minggu ini, iaitu Dangdut/Hindustan.
Kemenangan itu juga memberi peluang kepada mereka untuk memilih tema bagi minggu hadapan iaitu Idola/Legenda.
Sementara itu, Sharif & Syaiful Zero menduduki tempat kedua, diikuti Ryan & Adam Bakery, Tom & Fuad Rahman, Syahir & Shila Amzah dan Adira & Emma Suhaimi.
Famili Duo 3 disiarkan secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Kata Proses Ini Menyakitkan, Saya Seram,” – Rancang Buat IVF Tahun Ini, Marsha Syukur Suami Tak Mendesak

Penyanyi, Marsha Milan merancang untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hujung tahun ini dalam usaha untuk mendapatkan anak selepas lapan tahun berkahwin.
Menurut Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, dia kini sedang membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal sebelum memutuskan untuk membuat keputusan besar tersebut.
“Sebelum ini, setiap tahun saya akan bagitahu nak buat IVF tapi mungkin saya belum bersedia sepenuhnya.
“Namun, saya sudah berbincang dengan suami dan kami mungkin akan cuba pada tahun ini. Kalau tak bersedia juga, kita tangguh lagi,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi lagu Kembali Terang ini juga memaklumkan dirinya kini giat mencari tahu dengan lebih mendalam tentang rawatan IVF ini.
“Saya sedang mempersiapkan diri untuk bersedia dan pada masa sama, saya sedang mendalami ilmu IVF. Ramai yang kata perjalanan IVF ini bukan senang.
“Saya juga ada bertanya kepada beberapa kawan yang ada pengalaman. Malah, salah seorang kawan saya ketika ini sedang menjalani rawatan IVF.
“Jadi, saya ada bertanya dan dia juga berkongsi pengalaman. Dia juga masih di fasa awal dan saya nak cari tahu tentang prosedurnya.
“Ada yang kata proses ini menyakitkan dan saya juga rasa sedikit seram. Jadi, saya perlu sedikit waktu untuk bersedia,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalani prosedur tersebut termasuklah perancangan kerjaya seninya.
“Memang betul. Sebab itu ada banyak aspek yang menyebabkan saya menangguhkan proses IVF. In Sha Allah, kalau tiada halangan, mungkin pada hujung tahun ini,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Marsha juga bersyukur kerana dikurnia suami dan keluarga yang sangat memahami serta menyokong usahanya untuk mendapatkan zuriat.
“Suami saya juga sangat terbuka dalam soal IVF ini. Malah, dia pun tak tedesak untuk ada zuriat. Kadang kala, saya pula yang beriya ajak berbincang.
“Suami pula yang tenang. Katanya, ada rezeki, adalah nanti. Ibu mentua pun ada juga bertanya pada awal tahun lepas. Selepas itu, dia tak tanya lagi dah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Tanya Lagi…,” – Rahim Kena Buang, Isteri Aril Pilus Reda

Isteri kepada penyanyi dan pengacara, Aril Pilus, Puteri Erma berkongsi mengenai keadaan terkininya selepas selesai menjalani pembedahan membuang rahim.
Pembedahan tersebut terpaksa dibuat sebaik sahaja Erma selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Isnin.
Menurut Erma, dia kehilangan banyak darah disebabkan dua prosedur tersebut.
“Dua kali mommy masuk bilik bedah sebab tumpah darah yang banyak sangat dalam empat liter. Infuse darah pun banyak.
“Pertama kali perut dijahit, tak sampai beberapa jam mommy masuk balik bilik OT operate buat kali kedua.
“Kali kedua masuk OT stapler perut pula. Doktor czer melintang sampai pusat,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Erma menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Pada masa sama, Erma merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menitipkan doa buat dirinya.
“Terima kash semua yang mendoakan saya dan baby. Saya belom beberapa kuat untuk baca semua dm tapi saya dapat banyak DM. Baru harini dapat tengok handphone.
“Hari-hari sebelum ni memang tak tengok handphone langsung. Memang keadaan sangat melemahkan. Nasib bius. Itu yang buat tak sedar. Sedar-sedar sudah dekat ICU.
“Ni dari kelmarin tak dapat tidur sebab mommy diarrhoea alergic ubat one of an antibiotics. Lagi lemah badan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Erma juga reda dengan ketentuan Illahi selepas dia kini sudah tidak boleh hamil lagi.
“Terima kasih sangat yang mendoakan. Mungkin Allah angkat doa-doa korang semua. Ini yang terakhir sebab doktor dah keluarkan organ yang bernama rahim.
“Dah jangan tanya lagi. Memang rezeki anak dua je Allah bagi Syukur alhamdulillah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Aril dan Puteri Erma
telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Disember 2013 turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tun Adriel Mikael.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Erma
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Doakan Awak Berdua…,” – Harapan DS Aliff Syukri Agar Hubungan Mawar & Fizo Omar Bertaut Kembali, Pasangan Manis Dipandang

Usahawan sensasi dan penyanyi, Datuk Sri Aliff Syukri mendoakan agar hubungan Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim terjalin kembali.
Aliff menyatakan perkara tersebut selepas meninggalkan komen terhadap posting Mawar yang memaklumkan mengenai operasi restoran FMK (Fizo Mawar’s Kitchen) telah ditutup semalam.
“Apa pun saya doakan awak berdua akan bersatu kembali kerana awaklah pasangan dia begitu manis dipandang dan semoga jodoh awak masih ada,” komen Aliff.
Lalu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Aliff.
Terdahulu, Mawar berkongsi posting mengenai operasi terakhir restoran FMK yang menjadi 1001 kenangan baginya.
Malah, Mawar menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka dan reda akan ketentuan Ilahi.
“Salam semua. Pertama sy ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga khususnya buat pelanggan yg sentiasa supports FMK selama ini.
“Hari ini adalah hari terakhir operasi FMK. Menjadi 1001 kenangan selepas ini. Ini hg gambar terakhir kami bertiga di FMK. Rata2 sy mendapat feedback memberi pendapat ‘rebranding’ restaurant ini.
“Sy dan Fizo mempunyai alasan yg sngt personal. Terima kasih kalian yg sangat memahami situasi kami. Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’
“Mari kita doakan Semoga Fizo dapat terus kan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dlm bidang ini sangat mendalam.
“Diharap kan sangat lepas ini tiada lg cerita dari mana2 pihak especially yg ada ‘kaitan’ antara sy atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yg ‘konon tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’.
“Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan sy dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi sy dan Fizo shj yg tahu perkara /merasa perkara yg sebenar berlaku. Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dlm api ataupun tidak perlu la menegak benang yg basah.
“Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lg tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar,memberi didikan kepada Maryam. Focus utama adalah Maryam. Maryam pengubat hati sy selama ini .
“Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa,diberkati,dipelihara oleh-Nya,” tulisnya panjang lebar sambil disertakan foto bersama keluarga.
View this post on InstagramA post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on
Terdahulu, Fizo menceraikan Mawar dengan talak satu pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Foto : Instagram Mawar Karim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI