“Saya teringin nak berlakon filem, cuma tidak diberi peluang lagi.” Itu impian penyanyi, Haqiem Rusli selepas ditanya apakah perkara yang ingin dilakukan selepas ini sejurus menerima pelbagai pengiktirafan dalam nyanyian.

“Apabila saya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) menerusi lagu Lembah Kesempian di samping Datuk Rosyam Nor, beliau ada bercerita mengenai pengalamannya dan saya teringin.

“Bagaimanapun itu tidaklah bermakna saya sudah puas menyanyi, cuma saya nak cuba cabang seni yang lain juga. Biar orang nampak sisi Haqiem Rusli lakukan perkara lain selain menyanyi juga. Saya teringin tapi saya tak pandai berlakon,” katanya kepada MH.

Berkongsi mengenai sejauhmana keinginan itu untuk mengasah bakat dalam lakonan, Haqiem mengakui dia perlukan bimbingan untuk asah skil lakonan.

Ads

“Masih perlu diajar, sebab saya bukanlah orang yang banyak bercakap sangat. Kalaulah diberi peluang. Misalnya baru-baru ini saya ada hubungi Syamsul Yusuf menyatakan keinginan itu tetapi dalam cara seloroh.

“Manalah tahu ia boleh membuka jalan. Saya hubunginya terus,” katanya yang idamkan watak serius.

Haqiem Rusli Dengar Pengalaman Datuk Rosyam Nor & Hubungi Syamsul Yusof – “Saya Teringin, Tapi Tak Pandai Berlakon.”

Ads

Haqiem pada masa sama juga tidak akan melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita yang berganding dengannya.

Pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli itu menambah, dia sedia untuk mempertahankan prinsipnya itu jika berdepan dengan situasi sedemikian andai terbabit dalam lakonan kelak.

Ads

“Kalau ada yang membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya tak buatlah.

“Insya-Allah saya cuba berjuang untuk elakkan perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya,” katanya.

Haqiem Rusli Dengar Pengalaman Datuk Rosyam Nor & Hubungi Syamsul Yusof – “Saya Teringin, Tapi Tak Pandai Berlakon.”

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI