“Haram Betul…,” – Iklan Raya Paling Seram Tahun Ini Jatuh Kepada Kuih Bangkit, Netizen Minta Buat Filem!

Share

Walau apa yang berlaku, sambutan Aidilfitri harus disambut bersama keluarga, walaupun sudah mati.

Filem pendek, Kuih Bangkit lakonan Juara Anak Wayang, Hairi Safwan ini mendapat tontonan hampir 500,000 kali dengan 12,000 perkongsian di laman Facebook.

Disifatkan sebagai iklan raya paling seram, nyata jalan cerita yang cukup unik dan menakutkan.

Malah, dalam sisi berbeza, ia seakan memberi satu dimensi berbeza terhadap sambutan Aidilfitri di negara ini.

Lari daripada klise, netizen menerusi ruang komen meminta agar filem pendek ini digarap menjadi sebuah filem, atas faktor keunikannya itu.

Namun ada juga yang menyelar idea luar kotak ini dan menyifatkan ini bukanlah jenis perayaan yang harus ditonjolkan kepada penonton.

Bahkan ada yang beranggapan ia hanya akan memberi gambaran buruk kepada masyarakat luar.

Walau apapun, Kuih Bangkit merupakan satu karya yang punya nilai tersendiri dan cukup segar, bergantung kepada pandangan masing-masing.

Foto : Instagram Hairi Safwan, Facebook Marhaen TV

Published by
Noraini Abd Wahab