Penyanyi, Masha Milan enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk beraksi lagi di pentas Anugerah Juara Lagu meskipun kini sudah melancarkan dua buah lagu yang dikatakan menepati standard pertandingan tersebut iaitu Hening Rindu dan Dulu Kini Dan Selamanya.
Menurut Marsha, kesemua penyanyi mahu beraksi di pentas AJL namun, fokusnya kini hanyalah untuk memastikan karya-karya ini diterima ramai.
“Saya memang ada meletakkan harapan untuk ke AJL. Tipulah kalau saya kata tidak. Siapa yang tak mahu berada di pentas yang gah. Namun, saya tidaklah terlalu mengharap.
“Saya cuma mengharap agar lagu-lagu saya ini berjaya menambat hati peminat. Selebihnya saya menyerahkan sepenuhnya kepada aturan Allah SWT,” katanya kepada MH.
Penyanyi asal Kota Belud, Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media lagu Hening Rindu, baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, Marsha akui sedikit tertekan untuk menghasilkan karya-karya baharu kerana ekspektasi yang diletakkan peminat dan diri sendiri sangat tinggi
“Semasa bertanding lagu Kembali Terang yang membuatkan orang nampak kewujudan saya dan mahu saya terus beraksi di pentas AJL.
“Sejujurnya saya ada rasa sedikit tertekan kerana saya meletakkan KPI yang terlalu tinggi untuk diri sendiri. Ia membuatkan saya terlalu banyak berfikir.
Ads
“Ketika ini, saya buat keputusan dengan sangat teliti. Saya mahu segalanya berjaya selepas saya pernah melalui fasa-fasa yang tidak menentu. Saya mahu momentum ini diteruskan,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Marsha menafikan tanggapan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai anak emas kepada stesen tv, TV3 hanya kerana mereka banyak mengadakan projek bersama.
“Tidaklah, saya merasakan diri saya biasa-biasa sahaja. Mungkin saya dan pihak label kerap berbincang mengenai hala tuju saya di dalam industri ini dan TV3 ingin membantu.
Ads
“Kalaulah saya ini anak emas, mungkin wajah saya ini sudah banyak terpampang di TV3. Namun, mereka merupakan orang-orang yang baik,” akhirinya.
Terdahulu, Hening Rindu juga merupakan lagu yang diangkat sebagai OST bagi drama terbaharu yang berjudul Aku Bukam Ustazah.
Hening Rindu mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh manakala liriknya ditulis oleh Wan Salleh sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa jam lalu, pelakon versatil, Sharifah Sakinah ada memuat naik sekeping fotonya bersama pelakon sasa, Remy Ishak menerusi Instagram milikinya.
Memberi gambaran foto berkenaan adalah untuk salah satu naskhah terbaru daripada mereka, aktres berkenaan lantas memberikan kapsyen ‘sesuatu’ terhadap entri berkenaan.
Tulisnya;
“I’m sure when some people see this picture the voice in the head will start asking bout my personal life instead bout the film, bout my husband’s reaction or my akidah,” kongsi Sakinah.
Pada masa sama, dia juga tidak mahu untuk ulas panjang mengenainya malah turut menyatakan suaminya juga seorang yang sangat supportive.
I don’t want to defend or ulas panjang2 except that this is my work, it is what required for my character which i’m committed and my husband is very supportive. We can always respect other’s choices and opinion. Can we?,’ tulisnya sambil disertai dengan randa palang #spreadpeacenothate.
Lalu, seperti biasa pelbagai komen diberikan para pengikutnya mengenai gambar berkenaan. Jadi apa pula kata anda?
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti Hollywood dan rumah yang gah tidak dapat dipisahkan, tidak kiralah apa pun rekaan rumah tersebut. Terbaharu pemenang anugerah pelakon wanita terbaik Academy Award, Sandra Bullock telah menyenaraikan rumahnya untuk dijual dengan harga USD4.5 juta ataupun kira-kira RM19 Juta.
Rumah kondominium yang terletak di Sierra Towers Condo, Los Angeles itu merupakan sebuah kondomium elit lama yang sudah wujud sejak tahun 1965 lagi. Rumah dua bilik dengan keluasan 1,700 kaki persegi itu merupakan sebuah unit yang amat berharga dan paling banyak diingini di kondominium tersebut dek kerana kedudukannya yang strategik.
Ruang rumah ini dreka bentuk siap dengan dapur terbuka yang lengkap dengan kabinet ditempah khas dan dilengkapi peralatan terkemuka. Ruangnya yang terbuka menghadap ke ruang tamu dan ruang makan menerusi pemasangan dinding kaca dari lantai ke siling. Ia turut menawarkan beranda luas yang mana kedua-dua bilik di rumah ini mempunyai akses ke beranda tersebut.
Walaupun dia menjual rumah ini, pelakon berusia 57 tahun ini masih lagi memiliki satu lagi unit rumah di bangunan yang sama. Antara selebriti Hollywood lain yang turut memiliki rumah di situ seperti Adam Sandler, Kelly Osbourne dan Courteney Cox. Bangunan kondominium ini dilengkapi dengan kemudahan seperti concierge, penjaga pintu, parkir valet, gimnasium, sauna dan juga kolam renang untuk kegunaan residen.
Sandra terkenal sebagai seorang selebriti yang memiliki koleksi hartanah yang banyak. Selain rumah ini, dia turut memiliki beberapa hartanah lain seperti dua rumah di pesisir pantai Malibu, rumah bandar bertingkat di New York, rumah percutian di New Orleans dan rumah agam bernilai lebih US20 juta di Beverly Hills.