Pelakon, Rozita Che Wan menyelar kenyataan seorang individu yang meningalkan komen biadab di salah satu hantaran di akaun Instagram anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
Individu berkenaan merasakan kelakukan Aaisyah ketika ini akan cenderung membuatkan dirinya mempunyai sifat ‘pick me girl’ (suka mencari perhatian lelaki).
Lantaran itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memberi amaran kepada individu berkenaan supaya menjaga percakapan dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan orang lain dengan gelaran negatif.
“Eh kau jangan kurang ajar nak komen anak orang suka-suka hati. Jaga diri kau tu. Jangan sampai jadi sundal,” tulisnya.
Rasa berang itu dikongsikan sendiri oleh Che Ta menerusi akaun Instagram milik Aaisyah.
Untuk pengetahuan, akaun Instagram milik isteri kepada pelakon Zain Saidin itu masih gagal untuk diakses selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Pada masa sama, Che Ta turut mengigatkan individu berkenaan untuk memberikan fokus terhadap keluarga sendiri dan bukan orang lain.
“Harap anak kau nanti pun tak jadi sundal atau call girl (pelacur),” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Aaisyah juga kerap menjadi bahan kecaman netizen apabila dikatakan suka bersolek seperti orang dewasa.
Sekadar informasi, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana