“Harap Awak Akan Sentiasa Menjadi Imam Di Dalam Solat Saya,” – Joy Refva Akhirnya Beri Bayangan Bakal Berkahwin?

Share

Satu posting usahawan, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin mendapat perhatian ramai.

Ini kerana, ibu tunggal beranak satu itu seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan solonya tidak lama lagi.

Malah, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengucapkan tahniah terhadap wanita berusia 32 tahun itu.

“Counting Days. Insyallah. Hope u will always be my Imam for my prayers. Be my qari & read the quran for me. Be the one who leads me to Allah swt. Be my happy place and take me with you to Jannah. That’s all i asking for, bismillah,” tulisnya.

Untuk rekod, Joy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017.

Bagaimanapun, keduanya mengambil keputusan untuk bercerai pada 25 Oktober tahun sama.

Menerusi perkahwinan yang terdahulu sebelum bersama Hafiz, Joy dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arryan Firdaus yang kini berusia lima tahun.

Foto: Instagram Joy Revfa

Published by
MH