Tanggal 1 September lalu menjadi detik bersejarah buat pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana kerana telah selamat bergelar suami isteri.
Malah, Nadzmi meluahkan rasa gembira kerana sudah dua bulan di sisi insan tersayang.
“Macam tak percaya je dah 2 bulan jadi suami.
“Dah 2 bulan awak menghantui hidup saya. Saya harap awak akan terus menghantui hidup saya sampai bila bila. #AdhwArdell,” tulisnya yang sudah berkawan dengan Ardell sejak lapan tahun lalu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagian mereka berdua. Malah, ada juga yang menanti kelahiran permata sulung mereka.
Terdahulu, Nadzmi memberikan mas kahwin berjumlah RM300 dan hantaran senaskah Al-Quran yang telah dikhatam oleh Adhawa seperti yang dipinta oleh isterinya itu.
Malah, majlis resepsi mereka berlangsung meriah di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong berkonsepkan ala-ala ‘Fairytale’ yang dihadiri seramai 6,000 tetamu pada 6 Oktober lalu.
Foto : Instagram Nadzmi Adhwa