Baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiga, pasangan selebriti, Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz terpaksa menghadapi ujian tersendiri apabila anaknya, Nurafrina Ayra disahkan mengalami masalah demam kuning.
Almy turut meluahkan rasa sedihnya itu melalui posting di akaun Instgramnya.
“Day 10 of pantang,baki 34hari lg.. dan Day 2 terapi dekat rumah jer.. harap berkurangan la kuningnya.. kuningya smlm ms check 270.. tu terpaksa sewa benda alah ni.. wlpn setiap kali nak letak baby bawah lampu biru ni,setiap kali jgk air mata mama mesti jatuh.. tp demi kesihatan anak mama kena kuat… mama kena kuat demi baby demi diri sendiri nak kurus,treament jadual penuh,kena kuat demi kakak2 dia .demi suami nak jaga perut…..itu lah pengorbanan seorang wanita,” tulis Almy di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen pula, ramai yang mendoakan kesejahteraan bayi comel itu agar cepat sembuh dan memberi kata-kata semangat buat Almy dan Fizz.
Ads
Ads
Ayra dilahirkan seberat 3.31 kilogram pada malam perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2018 (Vietnam vs Malaysia) jam 11:30 malam di hospital swasta di Setapak.
Apa-apa pun, MH doakan agar Almy dan Fizz tabah menghadapi ujian ini.
Foto : Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi senior, Nurul Wahab atau lebih dikenali sebagi Nourul Depp ada meluahkan pendapat menerusi akaun Twitter miliknya.
Nourul telah meluahkan rasa kekecewan terhadap pihak produksi yang menganjurkan Anugerah Juara Lagu Ke-34, berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Menurut penyanyi lagu Kerana Terluka ini, dia tidak diundang untuk ke program tahunan berprestij itu.
“Nak tau cerita dak? tv3 mesej mintak gambaq nak buat tribute. buat tribute nak mintak gambaq sapa support dari belakang masa kami menang AJL dulu.
“Mintak gambaq, jemput pun dak. Tapi depa tak jadi nak buat flashback tu. I know why Hahahaha #sajanakkata,” tulisnya.
Nak tau cerita dak? 😈 tv3 mesej mintak gambaq nak buat tribute. buat tribute nak mintak gambaq sapa support dari belakang masa kami menang AJL dulu. Mintak gambaq, jemput pun dak. Tapi depa tak jadi nak buat flashback tu. I know why Hahahaha #sajanakkata
Bagaimanapun, penyanyi berusia 42 tahun itu mengakui tidak mengambil hati dengan sikap pihak produksi berkenaan dan sekadar mahu menegur mengenai soal adab.
Sekadar informasi, Nourul dan bekas suami, Ajai pernah meraih gelaran juara menerusi lagu Keliru di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-17, pada tahun 2002.
Menerusi edisi AJL kali ini, Ajai turut dilantik sebagai ketua juri di samping sembilan barisan juri lainnya.
Foto: Twitter Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas, Ebit Lew memuat naik rakaman sambutan hari lahir istimewa buat isteri tercinta.
Dia menitipkan rasa syukur atas kurniaan wanita paling sempurna dalam hidupnya.
Malah jelas Ebit, dia kini sentiasa dirahmati atas berkat doa ibu, bapa dan isteri.
Malah pengorbanan isteri bertarung nyawa melahirkan empat zuriat turut diluahkan dalam entri terbaru Instagramnya.
“Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kaseh bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini.
“Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya.
“Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal.
“Terima kaseh kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang.
“Terima kaseh 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun.
“Terima kaseh Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah.
“Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat,pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.
“Terima kaseh sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini-ebitlew,” luahnya.
Penyanyi Datin Alyah tampil berkongsi pengalaman umrah sebelum ini yang banyak dipengaruhi pelbagai rasa yang sekali gus memberi banyak iktibar serta manfaat kepada dirinya tatkala menjekakkan kaki ke Tanah Suci.
Alyah berkata, pengalaman seumpamanya turut dicurahkan dalam bait lagu terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Kali pertama saya jejakkan kaki ke Tanah Suci di atas pelawaan Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali yang mesra dipanggil Abang Habib daripada Jamu Mak Dara. Masih ingat lepas sahaja umrah, rezeki datang mencurah-curah.
“Kemudian kali kedua bila sekali lagi berpeluang, saya sudah ada pengalaman daripada umrah terdahulu. Ketika itulah saya rasa macam nak tinggal di hotel yang mahal, naik penerbangan kelas pertama, nak selfie dan sebagainya.
“Saya tak cakap mengenai orang lain, tetapi apa yang berlaku kepada diri sendiri. Kali ketiga, ia lebih kepada berkawan-berkawan.
“Bila saya teringin sangat ke Tanah Suci namun tiada peluang susulan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika itu ia membuatkan saya tersedar khilaf.
“Ia ibarat peringatan kepada diri sendiri, bila Allah berikan peluang (tunai umrah) hargai sebaiknya. Saya masih ingat, beberapa hari sebelum berangkat, saya juga disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian kendiri,” katanya kepada MH.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini turut menambah, umrah kali ini lebih bermakna apabila dia berpeluang melakukan penggambaran untuk single baharunya di Dubai terlebih dahulu sebelum berangkat ke Tanah Suci pada bulan Ramadan.
“Lalu bila orang tanya bila nak berangkat, saya jadi bimbang untuk berkongsi lebih atau beriya-iya. Lebih setahun ia tertunda. Sebab itulah kita yang merancang, tetapi Allah yang menentukan.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Saya juga mendoakan segala apa yang baik kepada semua orang, insya-Allah,” katanya lagi.
Alyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis The Enchanted Roos Garden x Roos Scarves di Bangi, baru-baru ini.
Selain Alyah, Adira turut diundang bagi menyampaikan beberapa buah lagu.
Sementara itu, pemilik Roos Scarves, Safiudin Nordin menjelaskan idea untuk membina jenama tudung Roos Scarves terlintas selepas pandemik iaitu pada hujung tahun 2021.
Ketika itu isterinya, Siti Afiqah Hamzah banyak menghabiskan masa menanam bunga Ros dari pelbagai jenis.
“Dalam tempoh lebih setahun mendekati dan mengamati bunga ros yang berkembang dengan pelbagai warna, rupa dan jenis itu membuatkan kami terfikir kenapa tidak diadaptasikan kecantikan ros itu atas sehelai tudung.
“Perkataan Roos itu diambil dari bahasa Dutch yang pastinya membawa maksud bunga mawar,” katanya yang tampil melancarkan tudung berkenaan secara eksklusif selepas yakin dengan kekuatan jenama mereka di pasaran.
Safiudin menambah, keistimewaan Roos Scarves terletak pada setiap corak yang berinspirasikan ros sebenar akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.
“Kesan monogram dan perincian corak serta warna dipilih berdasarkan ‘pantone’ terkini yang kemudiannya diadun bersama dengan rekaan, menjadikan corak yang terhasil sangat eksklusif dan tiada di pasaran lainnya,” katanya lagi.
Pada majlis pelancaran itu, Roos Scarves turut memperkenalkan dua koleksi baru iaitu Fairy dan Popcorn Series. Ia adalah koleksi yang diilhamkan daripada The Fairy Rose dan juga Gourmet Popcorn Rose.
Roos Scarves yang membawa tagline “Bloom of beauty” juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!