“Harap Berkuranglah Kuning Ni…,”- Anak Ditahan Di Tiub Biru, Datin Almy Nadia & Suami Mulai Bimbang Sebab…

Share

Baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiga, pasangan selebriti, Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz terpaksa menghadapi ujian tersendiri apabila anaknya, Nurafrina Ayra disahkan mengalami masalah demam kuning.

Almy turut meluahkan rasa sedihnya itu melalui posting di akaun Instgramnya.

“Day 10 of pantang,baki 34hari lg.. dan Day 2 terapi dekat rumah jer.. harap berkurangan la kuningnya.. kuningya smlm ms check 270.. tu terpaksa sewa benda alah ni.. wlpn setiap kali nak letak baby bawah lampu biru ni,setiap kali jgk air mata mama mesti jatuh.. tp demi kesihatan anak mama kena kuat… mama kena kuat demi baby demi diri sendiri nak kurus,treament jadual penuh,kena kuat demi kakak2 dia .demi suami nak jaga perut…..itu lah pengorbanan seorang wanita,” tulis Almy di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen pula, ramai yang mendoakan kesejahteraan bayi comel itu agar cepat sembuh dan memberi kata-kata semangat buat Almy dan Fizz.

Ayra dilahirkan seberat 3.31 kilogram pada malam perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2018 (Vietnam vs Malaysia) jam 11:30 malam di hospital swasta di Setapak.

Apa-apa pun, MH doakan agar Almy dan Fizz tabah menghadapi ujian ini.

Foto : Instagram Almy Nadia

Published by
Amynur Akmal