Terbaru, tular satu rakaman video yang memaparkan mural gergasi wajah pemimpin, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong,

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diconteng dengan kata-kata kesat.

Lalu pengacara senior, Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, meluahkan rasa kesal dan malu atas tindakan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Malah,pengacara berusia 57 tahun ini berharap tindakan tersebut tidak dilakukan oleh individu yang berbangsa Melayu.

IKLAN

“Harap bukan anak melayu kita yg mengkhianati pemimpin Melayu dan DYMMSPBYDA.

“Ampun Tuanku Beribu2 Ampun. Patik Malu

#liriklagu #ApoPaknil,” tulisnya.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut meluahkan rasa marah dan kesal atas perkara tersebut.

IKLAN

“Harap Bukan Anak Melayu Kita Yang Mengkhianati Pemimpin Melayu,” – Mural Gergasi Wajah Pemimpin Diconteng, Pak Nil Kesal “Harap Bukan Anak Melayu Kita Yang Mengkhianati Pemimpin Melayu,” – Mural Gergasi Wajah Pemimpin Diconteng, Pak Nil Kesal

Sekadar informasi, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memadam mural gergasi tersebut yang terletak di Taman Cahaya Alam, Seksyen U2 Shah Alam pada petang Isnin.

Video: Instagram Pak Nil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI