“Harap Clean Sampai Habis,” – Berat Naik 15kg Meski Baru 5 Bulan Hamil, Izreen Azminda Lega Tak Ada Kencing Manis

Share

Pelakon, Izreen Azminda mengakui berasa agak musykil dengan perubahan berat badannya setiap kali menjalani proses kehamilan.

Jelas Izreen, berat badannya pada kali ini telah naik secara mendadak sebanyak 15 kilogram meskipun usia kehamilannya baru mencecah hampir lima bulan.

Katanya lagi, perkara seperti ini bukanlah baru buat dirinya kerana ia juga terjadi semenjak hamil anak pertama lagi.

“Mommy-mommy saja kami nak tanya, ampa semua masa mengandung berapa kg ampa naik dari berat badan ampa?

“Macam kami berat asai 50 ke 53kg tapi kalau mengandung, uish bukan kaleng-kaleng naik dia.

“Anak pertama 85kg, anak kedua 83kg dan anak ketiga ni, baru 5 bulan dah naik 15kg okay,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Suamiku Bukan Tukang Masak itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Izreen mendedahkan dia juga berasa sangat lega kerana dirinya belum pernah mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilannya

“Cuma nasib kami baik sikit kami tak penah ada kencing maneh sepanjang pregnancy.

“Kali ni tak tau la.. harap clean la sampai habeh. Ampa pulak mcm mana?,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya para ibu turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani proses kehamilan.

Sekadar informasi, Izreen dan suaminya yang juga merupakan pemuzik, Uda Wahid telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Ogos 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim.

Sebelum ini, Izreen juga pernah berkahwin dengan juru kamera, Muhammad Riza dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Adrian Umar yang kini baru berusia lima tahun.

Sumber: Instagram Izreen Azminda

Published by
Aizam Manaf