Pelakon, Farid Kamil mengharapkan yang terbaik untuk proses sulh kali kedua melibatkannya bersama isteri, Diana Danielle.
Farid, 42, tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Khamis untuk proses sulh bagi tuntutan hadhanah.
Farid hadir ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.
Menurut Farid, dia masih mengharapkan rumah tangganya berjaya diselamatkan malah turut berkata kasih sayangnya terhadap Diana makin bertambah.
“Harapan saya masih seperti dahulu, rasa sayang saya makin bertambah-tambah.
Ads
“Saya berharap hari ini, dapatlah kiranya saya berjumpa dan bertentang mata dengan isteri saya dan mencari kata putus supaya kita dapat membesarkan anak-anak menjadi seperti kanak-kanak normal,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Diana hadir lebih awal dan sempat menunjukkan ‘mini love’ kepada media yang hadir membuat liputan tanpa memberikan sebarang komen.
Ads
Pada 11 April lalu, Farid hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding sulh, namun, tidak dapat diselesaikan apabila Diana gagal hadir.
Di prosiding sulh pertama itu, Farid tampil bersama empat tawaran dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700 kepada Diana, untuk menyelamatkan keluarga dan rumah tangganya.
Ads
Untuk info, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bulan Ogos sudahpun berlalu dan kita sudah menyambut Hari Merdeka pada tanggal 31 Ogos yang lalu. Kini, kita mendekati pula sebuah lagi tarikh yang bersejarah bagi rakyat Malaysia secara umumnya iaitu Hari Malaysia yang akan jatuh pada 16 September ini. Hari Malaysia merupakan hari yang menandakan pembentukan negara ini sebagai sebuah negara yang disertai oleh Sarawak, Sabah dan Singapura (kemudian keluar dari gagasan Malaysia pada 1965) ketika itu.
Sempena dengan kempen Kita Malaysia anjuran Ideaktiv yang dibawakan oleh jenama Media Hiburan, Remaja dan Keluarga, Francisca Luhong James yang merupakan anak jati Sarawak dan juga Miss Universe Malaysia 2020 telah berkongsi pendapat tentang perihal menjadi anak Malaysia dan pengalamannya dalam mewakili negara ketika pertandingan Miss Universe 2020 yang lalu.
“Bagi saya menjadi rakyat Malaysia, kita harus praktikkan bahasa kebangsaan kita di kalangan semua rakyat. Ia memang perkara yang harus kita pelajari dan bagi saya semua rakyat Malaysia perlu faham bahasa kebangsaan negara ini. Apatahlagi kalau kita ke luar negara, bila orang dengar kita bercakap dalam bahasa kita sendiri tidak secara langsung mereka teruja untuk lebih faham dan mempelajarinya,” ujar Fran apabila ditanya tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini.
Merupakan Miss Universe Malaysia pertama yang berasal dari kaum pribumi Sarawak. Gadis yang berketurunan Kayan, Kenyah dan Iban ini bangga dengan kepelbagaian budaya yang Malaysia miliki. Tambahan lagi dia merupakan anak bumiputera Sarawak pertama yang mewakili negara.
Bangga membawa nama Malaysia, Fran tidak melepaskan peluang membawa mesej mengangkat Malaysia dan memperkenalkan negara ini dengan lebih mendalam, “Sewaktu bertanding di pentas antarabangsa. Ramai juga yang kenal Malaysia tetapi mereka tidak faham tentang kududukan geografi negara yang dibahagikan kepada Semenanjung dan juga Malaysia Timur yang merangkumi Sabah dan Sarawak. Jadi ketika itu Fran banyak bercerita kepada mereka tentang Malaysia dan menceritakan identiti native Malaysia yang jarang diceritakan di pentas Miss Universe.”
Menceritakan tentang latar belakang pendidikannya, gadis berusia 25 tahun ini merupakan graduan lepasan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dari Universiti Teknologi MARA cawangan Alor Gajah, Melaka. Asalnya, dia mahu mengambil jurusan Kewartawanan namun apabila menerima surat tawaran dia ditempatkan sebagai pelajar perhubungan awam.
Sumber gambar: Instagram Francisca Luhong James
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ezzaty Abdullah ada berkongsi keratan video saat dia bersama puteri tersayang, Harum Dalia menaiki kid’s roller coaster.
Perkongsian isteri pelakon Azwan Kombos itu dimuat naik menerusi Instagram, malam tadi.
Menyifatkan anaknya seorang yang berani, Ezzaty pada awal mengakui agak risau untuk bawa anak nikmati kid’s roller coaster kerana itu merupakan pengalaman pertama buat puteri kesayangannya itu.
“1st time bawak @harumdalia naik kid’s roller coaster. Nervous jugak mula2 tu sebab risau dia takut or menangis. Tapi dia sgt berani. Cuma terkejut kejap masa part laju sikit tu.
“Alhamdulillah Harum dah boleh geng dengan ibu lepas ni. Dulu pegi mana2 theme park ibu selalu naik sorg2 sbb paklong dgn pakngah x berani nak naik. Mummy qis @balqisabdullah tu lagi lah penakut,” tulisnya.
Lebih menarik, bintang ini turut berkongsi mahu membawa anaknya itu menikmati sky diving pula selepas ini.
Ezzaty juga sempat memberitahu awal-awal bahawa permainan berkenaan selamat untuk kanak-kanak, bimbang andai apa yang dikongsinya itu mendapat kecaman.
“Tunggu Harum besar sikit kite pegi buat sky diving sama2 ye syg. Dah berani dah tu.
Yes, sebelum kena kecam, saya nak bgtau awal2. Roller coaster ni sgt selamat untuk budak2.
“Ramai budak2 lain yang naik. Cuma td yang paling kecik memang Harum lah.
“Psst : tq kat akak2 yang bagi saya cash tadi. Sempat transfer duit online kat funfair. Adoy bikin malu saja. Dtg funfair cash pulak x cukup. Lupa nak cash out before sampai tadi. Rezeki Harum and @rayyanhareezameer nak naik roller coaster n buai laju2 pulak. Semua dorang nak naik,” kongsi Ezzaty panjang lebar.
Foto: Instagram Ezzaty Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak popular Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman mengucapkan tahniah buat rakan artis, Jihan Muse yang telah pun selamat melahirkan anak keduanya.
Ucapan tahniah tersebut dikongsikannya menerusi Insta Stories, pada Selasa.
“Tahniah kak @jihanmuse finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya yang berlatar belakang foto mereka berdua.
Sementara itu, Jihan menerusi platform sama turut ‘repost’ status Insta Stories daripada pihak Avisena yang turut menitipkan dedikasi.
Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto kandidnya sekeluarga di Instagram beberapa hari lalu, sekaligus berkongsi perkembangan kehamilannya kepada peminat.