
Pelakon jelita, Syatilla Melvin ada berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di akaun Instagram.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu memaklumkan dirinya ada memberi bantuan zakat kepada yang memerlukan di saat getir wabak Covid-19.
Pelakon itu turut meminta kepada mereka yang berkenaan agar menghubunginya.
“Disebabkan itu, saya SYATILLA MELVIN ingin memberi zakat bahagian saya kepada sesiapa yg SANGAT MEMERLUKAN DALAM SAAT GETIR SEKARANG.
“saya terlalu faham! Mohon dm tilla utk tilla salurkan sumbangan. Harap dapat membantu selagi mampu, tilla akan tolong insyaallah,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji niat murni baik Syatilla meski pernah dikritik netizen, baru-baru ini.
Sekadar informasi, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.
Gambar: Instagram Syatilla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buka Pintu Satu Rumah Bau Najis, Semua Tak Tahan Baunya. Kasihan Makcik Ini,” – Ebit Lew Teruskan Misi Murni, Bantu Warga Emas

Sinonim dengan kerja-kerja amal kebajikan, perkongsian Ustaz Ebit Lew mengenai sebuah lagi kisah masyarakat yang serba kekurangan menjentik hati ramai.
Kali ini, Ebit ada bercerita mengenai kehidupan seorang warga emas yang hidup sebarang kara selepas kematian suami, kira-kira 15 tahun lalu.
Lebih menyentuh perasaan, keadaan kediamannya kurang baik serta persekitaran yang berbau najis.
Perkongsian tersebut ada dimuat naik menerusi satu status panjang di Facebook rasminya.
Sementara itu menerusi status yang telah dikemas kininya, Ebit menzahirkan rasa syukur kerana tugas penambahbaikan kediaman warga emas berkenaan sudah pun berjaya dilaksanakan dalam tempoh beberapa jam hasil bantuan ramai.
Malah, wanita tua itu turut dimandikan seorang petugas Rela, dikenali sebagai Kak Ros yang sebelum ini turut membantu warga emas terbabit.
“Ya Allah syukur. Sebak selesai tugas dalam masa beberapa jam. Bergegas ganti tangki air dan paip baru. Supaya air laju dan bersih.
“Bersihkan rumah sampai wangi. Belikan peti ais baru. Katil baru tilam cadar baru semua. Meja dan kerusi baru. Rice cooker dan cerek baru. Senyum menangis makcik ini tengok semua baru-baru.
“Kak Ros Rela mandikan makcik ini. Potong kuku dan wangikan. Guntingkan rambut. Cantik sangat dah. Senyum lebar makcik ini. Makcik tiba-tiba nak berwuduk nak solat. Terkejut dengar,” jelasnya.
Ebit pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi murni itu.
“Jemput kami raya rumah. Masa pakai selipar baru senyum. Satu selipar lagi simpan pakai hari raya kata makciknya. Syahdu dengar. Ni baju raya makcik. Masak rendang untuk saya makcik. Makcik tak pandai masak rendang katanya.
“Terima kaseh semua jiran yang dekat yang membantu. Sebab makcik ini memang tak buka pintu orang datang. Berkat doa syukur makcik ok jer kita buat semua tu.
“Makcik ini berbual macam biasa. Sihat jer. Ya Allah. Suka bergambar makcik ini. Juta kali berbeza dari pagi tadi. Ya Allah terima kaseh ubati hati ini setelah duka tadi. Senyuman makcik ini ubat hati saya.
“Jiran-jiran terutama Kak Ros rela akan gilir-gilir membantu makcik ini. Kami dah ganti tombol supaya Ros boleh sentiasa tengok keadaan makcik ini. Senang keluar masuk rumah. Terima kaseh semua yang terlibat. Semoga Allah terima semuanya.
“Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, cimb 8603546376,” tulisnya lagi.
Menerusi posting sama, Ebit turut berkongsi beberapa foto terkait.
Foto: Facebook Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Sekeluarga Baru Saja Membuat Panggilan Video…,” – Ibu Tiri Maklum Ahmad Firdous Kini Makin Baik

Ibu tiri Ahmad Firdous, Siti Fatimah Suberi memaklumkan keadaan kesihatan Firdous kini bertambah baik.
Bagaimanapun, abang kepada penyanyi, Allahyarham Siti Sarah itu yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, Selangor akibat Covid-19 masih belum dibenarkan pulang ke rumah.
“Alhamdulillah tahap kesihatannya semakin baik. Kami satu keluarga baru saja membuat panggilan video dengannya hari ini.
“Kalau sebelum ini keadaannya agak lemah dan tidak boleh banyak bercakap, tapi kali ini pertuturannya semakin jelas dan lancar,” katanya.
Menurut Siti Fatimah, Firdous kemungkinan akan ditahan wad untuk beberapa hari kerana doktor mahu memantau tahap kesihatannya.
“Kemungkinan untuk dia keluar hospital ambil masa beberapa hari lagi. Ini kerana, saya dimaklumkan doktor mahu memantau keadaan kesihatannya supaya dia tiada sebarang penyakit atau jangkitan lain.
“Insha-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya percaya dia kuat dan boleh melawan penyakit ini supaya boleh dibenarkan pulang bertemu keluarga,” katanya.
Terdahulu Firdous ditidurkan di ICU hospital berkenaan berikutan kondisi paru-parunya tidak baik. Malah, doktor memaklumkan situasi yang dialami Firdous hampir sama dengan Siti Sarah sebelum ini.
Bagaimanapun, semalam Firdous sudah sedarkan diri dan menunjukkan perubahan positif apabila mampu mengukir senyuman dan membuat panggilan video dengan isteri, bapanya Raissuddin Hamzah dan abang iparnya, Shuib.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Tahu Kau Struggle Cari Rezeki B, Dia Suruh Rehat,” – Atu Zero Ditahan Di Hospital, Ini Puncanya

Isteri kepada pelawak, Atu Zero, Shafeeqa Johari memaklumkan suaminya kini sedang ditahan di hospital akibat kekurangan air dan penat yang melampau.
Jelas Shafeeqa, ini pertama kali dia melihat suaminya itu terlantar di hospital kerana sebelum ini dia merupakan seorang yang kuat.
“Kecundang jua hero kami. Bukan covid ya. Rehydrate, kepenatan, keletihan. Selalunya kami yang sakit, dia yang gagah. Tak pernah aku lihat dia di atas katil hospital.
“Time nak cucuk air pon dia masih tanya, boleh ambil wudukkah kalau cucuk masuk air ni. Boleh B. Pedih pon sikit je lah. Kita tayamum. Doakan hero kami sehat cepat,” tulisnya.
Khabar tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam posting berasingan, Shafeeqa turut menyifatkan sakit ini merupakan petanda daripada Allah SWT agar suaminya itu dapat berehat secukupnya dan tidak memikirkan mengenai soal kerja buat sementara waktu.
“Salam subuh. Allah tahu kau strugle cari rezeki b. Dia suh rehat jap. Takpe b, jangan risau. Ada lagi rezeki lain. Suami, orang paling gagah dalam rumah tangga. Kalau sakit pon dia gagahkan juga mencari rezeki.
“Sayu tengok muka suami. Syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang serius. Kalau sakit jangan biarkan lama-lama. Teruslah pergi hospital.
“Kadang-kadang suami ni pura-pura sihat, tak nak kita ni risau. Atu ni rajin tapi dah sampai limit dah kekuatan badan tu. Tak boleh nak buat apa-apa terus,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan doa semoga Atu lekas sembuh dan dapat kembali bekerja semula seperti biasa.
Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 27, mendirikan rumah tangga dengan Shafeeqa yang juga merupakan pereka fesyen pada tanggal 8 Februari 2016 dan kini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Shafeeqa Johari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI