“Harap-Harap Anak Tak Lawyer Buruk…,” – Rapper, Abubakarxli Selamat Nikahi Peguam, Minta Doa Yang Baik-Baik

Share

Rapper, Abubakarxli (Abu Bakar Ali) mengumumkan dirinya telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati yang juga merupakan seorang peguam pada Jumaat lepas.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Abubakarxli menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Lawyer firm dan Young rapper no 1 = Harap harap anak tak lawyer buruk. Terima kasih semua yang hadir dan juga yang mendoakan hal yang baik baik ke atas kami,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama, penyanyi lagu, Naik turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya dan isteri.

Malah, dia juga turut berharap agar sesiapa sahaja yang ingin mendirikan rumah tangga akan dipermudahkan segala urusannya.

“Semoga berbalik semua doa itu kepada kalian juga dan mana yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga saya doakan supaya dipermudahkan urusan dunia dan juga akhirat. All love,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut berharap agar rumah tangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Tahniah Abu. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Tahniah brother, berbahagialah.

“Congratulations to you and wifey. More life and blessings ahead.

“Yoo, congrats Abu. Tahu-tahu dah kahwin.

“Dalam diam ubi berisi beb Abu. Alhamdulillah dan tahniah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Menerusi entri berasingan, Abubakarxli juga dilihat berkongsi sekeping foto yang memaparkan dia dan isteri di majlis resepsi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Abubakarxli

Published by
Aizam Manaf