Selepas mendapat perhatian warganet gara-gara penampilan berani di media sosial, pelakon Scha Elinnea sekali lagi mencetuskan sensasi apabila memuat naik foto yang memaparkan dirinya mempunyai tatu di bahagian badan di Instagram.
Bagaimanapun menerusi Harian Metro, tatu tersebut hanyalah tatu palsu yang dibeli dalam talian.
“Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan penggambaran, jadi saya saja beli tatu palsu. Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun.
“Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di IG. Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk buat perkara itu,” katanya seperti yang dipetik.
Selain komen yang mempersoalkan tindakannya itu, ada juga peminat yang turut memuji kecantikan pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah berkenaan.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun mendapat lebih 30,000 tanda suka bersama ratusan komen.
Dalam perkembangan lain, Scha terbabit dalam penggambaran drama Sitiktok dan Hatimu Sedingin Salju selain bakal muncul dalam drama Perempuan Tanpa Dosa yang bakal bersiaran di TV3.
Sumber, Foto: Harian Metro, Instagram Scha Elinnea