“Harap Para Ibu Ada Masa Nak Tengok…,” – Demi Kebaikan, Fouziah Gous Kongsi Tips Bawa Anak Ke Tanah Suci

Share

Bukan mudah mengendalikan karenah anak-anak bercuti ke luar negara, apatah lagi ketika mahu menunaikan umrah atau haji ke Tanah Suci.

Fouziah Gous menerusi perkongsian di laman Instagram memberitahu dia terbuka untuk berkongsi tips buat ibu bapa yang bakal membawa anak-anak bersama untuk menunaikan umrah misalnya.

Katanya, persoalan tersebut memang seringkali diajukan ibu bapa. 

Sebenarnya banyak soalan mengenai bagaimana pengalaman membawa anak ketika melakukan ibadah umrah, bagaimana nak siapkan makanan anak, stroller boleh bawa atau tidak, bawa anak 2 orang tidaklah semudah seorang.

“Jadi bagaimana saya uruskan mereka berdua? Sebenarnya agak panjang untuk saya type satu persatu.”

Dia turut berbesar hati untuk berkongsi tips menerusi live video menerusi kapsyen,

InsyaAllah saya cuba curi masa untuk buat live dan jawab semua soalan anda.

“Harap ibu2 ada masa nak tengok perkongsian saya sbb ia akan memudahkan lagi perjalanan anda InsyaAllah.

“Are you ready mommy??? Kalau kejap lagi i buat! Kalau tak ramai tukar hari lain,”

tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, Fouziah dan keluarga haru sahaja pulang daripada menunaikan umrah pada November 2018 lalu.

Foto – Instagram Fouziah Gous

Published by
Noraini Abd Wahab