Pelakon, Ozlynn Wati ada berkongsi kisah mengenai realiti kehidupan sebagai seorang pelawak lebih-lebih lagi bila melibatkan suaminya, Johan bersama sahabat, Zizan Razak.
Memurut Ozlynn, meski mereka kadang kala mereka berada di dalam situasi sukar, Johan dan Zizan tetap akan menghiburkan hati sesiapa sahaja.
“Barai.. Kadang orang tak paham. Bila jumpa nak suruh buat kelakar. Hidup dengan depa berdua ni kadang tengah teman dorang nangis tiba-tiba ada orang datang mintak bergambar. Terus senyum.
“Walaupon jiwa dan hati tengah sedih tetapi dorang jaga hati kita. Sayang la kat depa dua ni. Bila tengok dorang tido haihhhhh cair rasa.
“Tapi bila bangun jek mula la aku nak naik antu!! Nakal!! Akai panjang!! Hope sampai ke tua la aku lalu nak layan dorang,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ozlynn menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut berharap agar persahabatan dua sahabat karib itu berkekalan sampai bila-bila.
Terdahulu, Johan dan Zizan ketika ini difahamkan sedang menjalani sesi pengambaran bagi filem, Baik Punya Ahlong yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki.
Sumber: Instagram Ozlynn Wati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI