Pelakon Ramona Zamzam mengimbau saat di pentas akhir Dewi Remaja 2009/10 yang pasti tidak akan dilupakannya sehingga hari ini.

Mana tidaknya, pemilik nama penuh Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkongsi pengalaman bahawa dia diserang migrain ketika malam final itu.

“Malam final itu, saya kena jawab soalan, naik pentas dan catwalk. Saya kena serang migrain.

“Mungkin disebabkan tekanan. Maklumlah pertandingan besar sebegini, saya sangat berdebar 

IKLAN

“Ketika juri tanya soalan dan masa itu kepala saya sakit yang teramat. Tapi saya tak boleh buat apa masa itu. Saya harap saya dapat putarkan balik masa dan buat yang lebih baik dari itu.

 “Saya sangat sedih ketika itu sebenarnya, tapi saya reda dan pasrah. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya. Jadi saya positif sahaja,” kongsi ibu kepada seorang anak ini menerusi IGTV Remaja. 

IKLAN

IKLAN

Terdahulu, Neelofa merupakan juara Dewi Remaja 2009/10, Izara Aishah naib juara dan Shangkaree Nadarajan  di tempat ketiga.

Selain itu, antara yang terlibat dalam Dewi Remaja ketika itu seperti Anzalna Nasir, Azar Azmi, Syatilla Melvin dan ramai lagi.

Video : Instagram Remaja

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI