Penyanyi jelita, Wany Hasrita berpandangan setiap individu itu tidak akan pernah bersedia sepenuhnya untuk beralih ke sebuah fasa yang baru di dalam kehidupuan terutamanya bila melibatkan alam perkahwinan.
Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, ketika dia mula-mula ingin menceburkan diri dalam bidang nyanyian pun dia juag tidak bersedia sepenuhnya, namun, proses pembelajaran itu datang seiring waktu.
“Nak cakap bersedia atau tidak untuk melangkah ke alam perkahwinan itu, rasanya agak susah nak dijelaskan. Kita sebenarnya tidak akan pernah bersedia sepenuhnya terutamanya untuk beralih ke fasa yang baru.
“Ketika pertama kali saya putuskan untuk memulakan kerjaya di dalam bidang seni pun saya datang dengan ‘zero knowledge’. Bermula detik itu, saya belajar satu per satu.
“Saya tak nafikan ada juga sesetengah daripada anak seni ini mereka datang dalam keadaan yang sudah bersedia sepenuhnya. Segalanya terulang pada individu itu sendiri,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Cinta Khayalan ini berkata sedemikian dalam satu tumuramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia berharap agar sesiapa pun yang akan menjadi bakal suaminya nanti dapat menerima segala kelebihan dan kekurnagan yang ada apa dirinya.
Bagaimanapun, setiapa individu itu juga haruslah sentiasa memiliki keiinginan untuk sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.
“Pada saya, bila dah sampai waktunya, kita akan tetap juga berkahwin sama ada bersedia atau tidak. Kita akan belajar sepanjang proses berumahtangga itu. Harapnya suami saya nanti terima saya seadanya.
“Bagaimanapun, itu tak bermaksud mereka perlu terima kita tanpa kita berusaha untuk berubah ke arah kebaikkan. Kita juga kena usaha perbaiki apa yang kurang. Kita belajar dari semasa ke semasa,” ujarnya lagi.
Ketika diajukan soalan adakah dia tertekan apabila sering kali menerima pertanyaan mengenai bilakah dia bakal menamatkan zaman bujang, ini reaksi yang diberikan oleh bintang tersebut.
“Sebenarnya ramai juga yang bertanya kawan-kawan saya ramai yang dah berkahwin dan bila pula giliran saya? Tak ada rasa ke nak kahwin ke? Tapi kawan-kawan rapat saya seperti Nabila Razali dan Amira Othman pun mereka belum berkahwin. Jadi, saya rasa okay sahaja.
“Pada saya, setiap orang punyai jalan takdir yang tersendiri. Ada yang jodohnya dah sampai dan ada juga yang belum lagi. Selagi tiada apa-apa yang rasmi, selagi itulah saya tidak akan umumkan apa-apa. Buat masa ini saya masih lagi fokus terhadap kerjaya saya.
“Ada juga orang cakap saya akan berkahwin pada hujung tahun. Saya pun tak tahu mana mereka dapat informasi tu. Sekarang dah habis hujung tahun pun masih lagi tiada apa-apa.
“Nanti mereka kata saya ‘propa’ pula. Padahal perkara tu tak keluar pun daripada mulut saya. Doakan sahaja yang baik-baik buat saya,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Wany bakal melancarkan single terbarunya yang berjudul Sang Purnama hasil kolaborasi bersama penyanyi Wani Syaz.
Malah, lagu duet Tragedi Cinta yang merupakan dendangan asal Achik Spin dan Siti Nordiana yang kini dinyanyikan semula Wany dan Tajul telah pun trending di platform YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Wany Hasrita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI