
Menerusi laman media sosial Instagram Emma Maembong, dia kini sedang menunaikan umrah bersama keluarga di tanah suci Mekah.
“Ayoh” tulisnya.
Bagaimanapun, Emma Maembong atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail telah menerima pelbagai komen.
Malah, niat sucinya itu turut ditinggalkan komen yang berbaur negatif daripada netizen di ruangan komen pada gambar tersebut.
“Harap tudung tu tak terbang masa naik flight balik Malaysia nanti,” antara komen yang diberikan.
Pun begitu, ada juga komen yang baik, mengharapkan agar pelakon berkenaan menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya.
Disamping itu, rakan pelakon Aprena Manrose turut titipkan kata-kata semangat kepada Emma untuk terus cekal dan tabah.
“Semoga Allah permudahkan segala urusanmu sayang dan mendapat umrah yang mabrur. Happy nya tengok tima dapat jejak sana.
“Pedulikan apa kata orang, just think about yourself. Doakan baby dapat kesana ya. Kirim salam Ayoh. I love you so much” tulis Aprena.
MH juga turut mendoakan semoga semua urusan Emma dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air.
Untuk rekod, Emma telah berangkat ke tanah suci Mekah pada Ahad lalu.
Foto : Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Masih Sama, Tak Guna Juga,” – Yusof Haslam

Berjaya melayari bahtera perkahwinan lebih empat dekad, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan antara rahsia rumah tangganya mampu bertahan adalah disebabkan sikapnya yang suka memujuk.
Menurut Yusof, krisis di dalam rumah tangga merupakan perkara biasa namun, ia tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan.
“Pada saya, alam berumah tangga ini memerlukan kesabaran, tolak ansur dan pujuk memujuk. Sebagai lelaki, kita jangan anggap memujuk itu petanda kalah.
“Saya tidaklah sempurna tetapi rumah tangga saya mampu bertahan kerana sifat saya yang suka memujuk dan mahu mempertahankan perkahwinan.
“Kalau asyik berkahwin dan bercerai, ia seperti tiada kesudahan. Ini adalah petua yang telah diamalkan oleh ibu bapa saya. Arwah bapa saya seorang kaki pujuk.
“Tiada hubungan yang sentiasa tenang. Ada masa kita bertekak dan merajuk. Namun, suami isteri harus memainkan peranan dan bertolak ansur. Apapun, usaha harus dimulakan oleh suami,” katanya kepada MH.
Bapa kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Don Dukun yang berlangsung di GSC, Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, para suami harus bijak memujuk dan mengambil hati isteri dan bukan hanya mengharapkan pemberian materialistik semata-mata.
“Cara saya memujuk adalah dengan kata-kata manis dan bukan dengan bunga. Pada saya, itu simbolik sahaja. Saya pun tak reti nak bagi bunga atau hadiah melainkan pada hari jadi.
“Pada saya, kata-kata dan perbuatan itu jauh lebih bermakna. Kalau bagi bunga tapi masalah sama masih berlaku, tak guna juga.
“Saya bercakap ini bukanlah bermakna saya sempurna atau kena jadikan contoh tapi ini nasihat saya sebagai orang tua yang sudah 41 tahun melalui proses perkahwinan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Yusof akui bimbang bila
melihat peningkatan kes penceraian sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi melibatkan pasangan selebriti.
“Ketika ini, saya tengok banyak kes penceraian yang berlaku. Kelmarin, saya terbaca kisah mengenai Diana Danielle dan Farid Kamil. Saya pun terperanjat juga.
“Sebelum ini, bila dia kembali rujuk dengan suami, saya dan isteri tumpang gembira. Itulah yang sebaiknya. Kata isteri saya, Farid pandai memujuk. Sama seperti saya.
“Jadi, saya agak sedih juga bila dapat tahu mereka mahu bercerau. Namun, kita tak tahu apa yang mereka lalui dalam berumah tangga. Kita hanya melihat secara rambang. Allah lebih tahu,” akhirinya.
Terdahulu, Yusof merupakan antara pelakon yang membintangi filem seram komedi terbaharu, Don Dukun.
Selain Yusof, filem arahan Wan Hafiz ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy dan Marsha Milan.
Don Dukun bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Bkay Nair Mahu Angkat Fabrik Tradisional Malaysia, Intai Pengiktirafan UNESCO

Pelakon dan model, Bkay Nair mahu memperjuangkan keunikan fabrik tradisional Malaysia ke pentas dunia termasuk mengintai peluang bagi mendapatkan pengiktirafan dari Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Bintang filem Ratu The Movie itu berkongsi, bagi mencapai tujuan itu, dia bakal menganjurkan satu pertunjukan fesyen warisan Navarasa: Warna Gabungan Emosi Dan Fesyen pada 14 Oktober ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
“Ia akan menampilkan 11 pereka feksyen, ketegori pelajar dan pereka berpengalaman, yang akan memamerkan sejumlah 77 rekaan unik menggabungkan fabrik tradisional seperti batik, songket, sutera Malaysia, dan sari dengan estetika rekaan kontemporari.
“Lebih menarik, bersempena dengan pertunjukan fesyen itu beberapa bengkel berkaitan fesyen dan fabrik tradisional akan diadakan pada 7 dan 8 Oktober ini yang menghimpunankan penonton pelbagai lapisan, termasuk peminat fesyen, artis, pereka, pelancong, dan orang awam,” katanya.
Bkay yang pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia 2017 berkata, acara anjuran syarikatnya Bkay Nair Resources (BNR), itu juga bakal memberikan tiga anugerah keunggulan pereka yang akan diumumkan pada hari pertujukan fesyen nanti.
Dia menambah, tiga anugerah itu ialah Anugerah Pereka Baharu: Menonjolkan Pereka Pelajar Terbaik, Anugerah Pereka Paling Kreatif: Meraikan Pereka Senior yang Paling Imaginatif dan Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia: Mengiktiraf Pereka Senior dengan Rekaan Warisan Malaysia Terbaik.
Tambahnya, objektif utama pertunjukan fesyen itu ialah menyediakan platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden.
Ia juga bertujuan mempromosikan pertukaran budaya, menyokong artis tempatan, dan mendorong penglibatan komuniti.
Malah selaku Pengarah pertunjukan fesyen itu Bkay juga mahu mengintai peluang pengiktirafan daripada UNESCO.
“Melalui acara ini, kami berharap membawa keunikan warisan kami kepada UNESCO. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk meletakkan harta seni dan budaya negara kita di peringkat global.
“Saya mahu dalam setiap benang dan corak tekstil ini, identiti Malaysia bersinar sebagai penghormatan kepada sejarahnya, budayanya, dan hasrat seninya yang berterusan,” katanya lagi.
Malah sebagai anak jati Malaysia, dia berbangga dengan seni serta budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini yang sangat tinggi nilainya.
Bagi Bkay, tidak keterlaluan andai dikatakan fabrik buatan Malaysia setanding keluaran kota fesyen lain di peringkat antarabangsa.
Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) serta pelbagai rakan kerjasama termasuk Aston Martin, SkyBlue Media, Kolej Universiti Berjaya dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setakat Ini Saya Boleh Hadap Lagi Situasi, Akan Cuba Cari Masa Ambil Lesen Memandu Kereta…,” – Haqiem Stopa

Pempengaruh Haqiem Stopa mengakui kesilapannya kerana memandu tanpa lesen selepas tular gambar seorang lelaki ditahan polis dan surat saman di laman sosial, kelmarin.
Meski foto berkenaan dikaburkan pada bahagian wajah, namun rata-rata netizen meneka ia ialah ‘influencer’ berusia 22 tahun itu.
Meski mengakui dia ditahan polis ketika melalui sekatan jalan raya terbabit, Haqiem menerusi laporan Harian Metro menafikan dia disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal.
Sebaliknya, dia ditahan ketika memandu kereta dan hanya satu notis saman dengan nilai RM600 atas dua kesalahan dikeluarkan ke atasnya dan bukan banyak seperti didakwa segelintir netizen.
“Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh. Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.
“Hasil pemeriksaan, polis dapati saya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, jadi saya terima kerana mereka (polis) hanya jalankan tugas. Lagipun memang betul saya bersalah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Haqiem bagaimanapun kesal apabila gambar dengan notis saman yang tertera butiran peribadinya ditularkan.
“Hairan juga siapa yang curi-curi ambil gambar kerana hanya saya, pemandu peribadi dan anggota bertugas sahaja ada ketika itu. Gambar itu agak jelas kerana diambil dari jarak dekat dan notis saman ditularkan juga tertera nama serta alamat penuh tempat ibu bapa saya menetap.
“Bagi saya, gambar dan butiran peribadi saya tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan privasi dan dibuat (dihebahkan) tanpa persetujuan saya.
“Lagipun saya pernah terima ugutan sebelum ini, jadi bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada orang tua apabila alamat rumah ditularkan,” katanya.
Dia turut menambah, hanya adik-beradiknya tahu mengenai kes berkenaan setakat kelmarin kerana dia cuba merahsiakan hal itu daripada ibu bapanya.
“Mereka (adik-beradik) ada tegur dan semua okay selagi ia tidak babitkan jenayah berat seperti dadah. Untuk saya pula, nak kata terganggu sangat daripada segi mental tidak juga kerana pengurus yang bantu semak kebanyakan mesej di telefon bimbit.
“Setakat ini, saya boleh hadap lagi situasi dan akan cuba cari masa untuk ambil lesen memandu kereta nanti. Buat masa ini saya tangguhkan dahulu (ambil lesen) kerana masih gunakan khidmat pemandu peribadi untuk ke mana-mana,” katanya lagi.
Berhubung statusnya sebagai ikon permotoran yang sering dipertikai netizen, Haqiem mengulas diasudah banyak kali dia menjelaskan kekeliruan ramai dalam hal itu.
“Banyak kali sudah saya beritahu yang gelaran itu bukan dapat secara rasmi tetapi orang tak faham
“Apa boleh buat, cuma saya berharap netizen dapatkan berita betul sebelum percaya bulat-bulat kerana kesilapan penyampaian cerita boleh rosakkan reputasi seseorang,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan berita mengenai seorang pempengaruh terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kereta jenis Audi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan bagi kesalahan tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber, Foto: Harian Metro, Instagram Haqiem Stopa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI