Ketika kebanyakkan rakan-rakan seangkatannya memilih untuk terus menjejakkan kaki ke industri seni tanah air, namun, berbeza pula buat naib juara program, Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar selepas dia memutuskan untuk menyambung semula pengajiannya di Univerisiti Malaya.
Graduan jurusan undang-undang ini langsung tidak menoleh ke belakang dan percaya rezeki akan tetap memihak kepadanya meskipun selepas tamat pengajian.
Adriana kini bakal muncul sebagai salah seorang pembaca berita bagi program, Berita 757 terbitan stesen televisyen Awesome TV.
“Saya merasakan keputusan untuk terus menyambung semula pengajian sebaik sahaja tamat program Dewi Remaja 2019 adalah pilihan yang tepat. Saya tak menyesal pun kerana ini jalan yang terbaik buat saya.
“Saya tak pernah rasa terlambat atau ketinggalan meskipun rakan-rakan dewi seangkatan saya sudah pun mula menempa nama di dalam industri.
“Saya selalu berkata, kalau saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada diri saya, peluang itu akan sentiasa hadir tepat pada waktunya. Selepas tamat sahaja pengajian, saya terus ditawarkan untuk menjadi pembaca berita, Berita 757. Saya sangat bersyukur.
“Saya tak pernah risau dengan pilihan saya kerana rezeki kita berbeza-beza. InsyaAllah rezeki saya di sini,” katanya kepada MH.
Gadis asal Johor Bahru itu berkata sedemikian ketika ditemuramah bersama MH baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Adriana mendedahkan dia sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk bergelar penyampai berita sejak usianya masih kecil.
“Saya berasa amat teruja dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak Awesome TV. Memang sudah lama saya menyimpan hasrat dan bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai berita.
“Ini merupakan peluang keemasan dan saya menganggapnya sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Saya sebenarnya sudah dilatih sejak enam bulan yang lalu dan sepanjang tempoh tersebut saya telah diberikan latihan intensif.
Ads
“Saya banyak belajar mengenai intonasi dan expressi wajah. Semua itu saya tak pernah belajar pun sebelum ini. Ia merupakan sesuatu yang sangat baru untuk saya,” ujarnya lagi.
Selain bergelar penyampai berita, Adriana juga bergandingan bersama aktor dan pengacara popular, Fahrin Ahmad untuk mengendalikan program Roller Kata musim ke-2 yang juga merupakan program terbitan Awesome TV.
Ketika ditanya adakah dia kini merupakan anak emas bagi stesen tv tersebut, Adriana mendedahkan dia juga ada menerima tawaran daripada stesen-stesen tv lain juga.
Ads
“Saya tak rasa pun seperti anak emas kerana saya ada juga terima tawaran-tawaran lain. Alhamdulillah bila sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Berita 757, saya tak nafikan pihak Awesome TV juga ada beri saya peluang lain.
“Antara sebabnya mungkin senang bagi saya untuk menguruskan masa bila terlibat didalam program dibawah bumbung yang sama ini
“Banyak yang perlu saya catch up jika ingin dibandingkan dengan rakan-rakan dewi saya yang lain. Saya akan rancang secara perlahan-lahan. Harapnya 2022 merupakan tahun Adriana,” akhirinya.
Sekadar informasi, Berita 757 bersiaran pada setiap hari bermula jam 7.57 hingga 8.30 malam.
Adriana juga bakal mendapat bimbingan daripada pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi yang dilantik sebagai tenaga pengajar bagi pembaca berita, Berita 757.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Adriana Ghafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hari Raya kedua kekal disambut meriah, termasuk golongan selebriti yang turut tidak melepaskan peluang berkongsi busana raya di platform Instagram masing-masing.
Jika sebelum ini kami paparkan 10 bintang bergambar bersama yang tersayang, kali ini dibariskan pula 12 artis kita yang ber’OOTD’ sendiri.
Biar masih bujang, namun sambutan raya bersama keluarga pun pastinya kekal meriah, tak gitu?
Pelakon Nora Danish sempat menitipkan ucapan buat aktres, Fasha Sandha yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua, tidak lama lagi.
Nora mendoakan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 itu.
“Kepada Nur Fasha Sandha, selamat melangsungkan perkahwinan. Semoga kekal hingga jannah, jadilah isteri yang baik dan alhamdulillah.
“Kami semua mendoakan semoga awak bahagia dunia akhirat,” katanya selepas ditanya pihak media.
Terdahulu, Nora ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi istimewa, Jovian x Oh Most Wanted di Shah Alam, pada Jumaat.
Berkongsi mengenai projek istimewa tersebut, Nora berbesar hati apabila dapat bersama-sama berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal itu.
“Sudah pasti kami di Oh Most Wanted rasa bangga dan terharu dengan kerjasama ini, apatah lagi bersempena dengan musim perayaan yang akan datang.
“Sebagaimana kita tahu, jenama Jovian sendiri itu sudah besar dan apabila berpeluang terlibat dalam edisi terhad menggabungkan koleksi istimewa Jovian Hijab dan lip cream ini, kami mengharapkan projek yang diusahakan sukses dan diteruskan pada masa depan insyaAllah,” katanya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Nora kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 15 episod, Imann yang bakal bersiaran Ramadan ini di saluran Astro Oasis.
Turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Remy Ishak dan Fendy Bakry.
Penyanyi remaja, Sheikh Baseer membuat pendedahan apabila mendakwa dirinya dikatakan telah terkena sihir atau ilmu hitam.
Baseer, 18 yang sinonim menerusi program Ceria Megastar berkata, dia pulang ke hampung halamannya di Johor untuk menjalani rawatan selepas terkena sihir daripada individu yang rapat dengannya.
“Saya tak sangka di usia yang masih muda iaitu 15 tahun, ada individu yang kurang senang dan tergamak melakukan perkara terkutuk serta mengambil kesempatan terhadap saya.
“Dua tahun ibu bawa saya berubat dengan ramai ustaz di Johor. Entah kenapa tiba-tiba saya lupa ingatan. Rasa seperti tidak boleh berfikir dan pelbagai insiden pelik berlaku.
“Malah, ibu saya juga terpaksa berhenti kerja keraa perlu menjaga saya.
“Alhamdulillah, saya kini beransur pulih dan berharap individu terbabit kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka. Janganlah menganiaya saya dengan perkara yang paling keji itu,” katanya.
Pendedahan tersebut dibuat bintang muda ini menerusi Harian Metro.
Sementara itu, dia turut mengharapkan agar kemunculan semula dalam industri seni dapat mengembalikan zaman kegemilangannya kerana bidang muzik adalah impian sejak kecil.
Malah, dia turut mengharapkan sokongan berterusan daripada semua pihak.
“Walaupun macam-macam perkara berlaku dalam hidup, namun saya percaya Allah akan sentiasa bantu dan bersama dengan saya.
“Doakan semoga saya terus kuat dan sembuh sepenuhnya. Saya nak kembali menghiburkan peminat dan pencinta muzik.
“Walaupun tempoh dua tahun terbuang begitu saja, namun saya harap siapa yang pernah menyokong saya dulu masih terus bersama menyokong karier saya,” katanya lagi yang kini tampil dengan single terbaharu berjudul Sudahlah.
Dia juga bakal tampil dengan lagu berjudul Mama tidak lama lagi.
Foto: Instagram Sheikh Baseer
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!