Program #samasamakenyang Infaq Ramadan yang diusahakan Dapur Pasak bersama pelakon Amaris diteruskan dengan menyantuni 10 rumah asnaf selain majlis berbuka puasa dengan 100 anak yatim dan tahfiz dari Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah & Anak-Anak Yatim dari Kediaman Cahaya Ain di Taiping, Perak, baru-baru ini.
Menurut Amaris, 37, atau nama sebenarnya Amran Ismail, pihaknya turut mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan bagi membolehkan dia bersama badan bukan kerajaan (NGO) Dapur Pasak merealisasikan misi kebajikan sepanjang Ramadan ini.
View this post on Instagram
“Boleh saya katakan, 10 rumah asnaf terpilih ini memang yang betul-betul susah dan memerlukan. Ada juga yang rumah mereka elok tapi mungkin kerana kesempitan lain seperti sakit, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap turut kami bantu juga. Ada antara mereka boleh keluar rumah sambil tersenyum walaupun dalam hati mereka rasa macam-macam tapi mereka reda.
“Kami memberi sumbangan berbentuk tunai dan barangan keperluan asas. Harapnya selepas ini Allah bagi rezeki yang luar biasa. Saya sentiasa doa ada keajaiban yang Allah bagi supaya dapat bantu lagi ramai orang yang memerlukan.
“Jadi, saya mengajak dan mengalu-alukan orang ramai jika mahu berinfak dalam bulan ini boleh terus salurkan sumbangan ke akaun CIMB- 8604587212 atas nama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur. Kami menyasarkan untuk penuhkan peti ais sebanyak 2000 rumah, insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, Amaris juga bersyukur apabila sasaran bagi memenuhkan 100 buah peti ais setiap hari Ramadan dipermudahkan.
“Kami rancang untuk penuhkan peti 100 rumah. Tetapi dengan izin Allah kami dapat penuhkan lebih kurang 200 peti rumah pada hari pertama, kedua dan ketiga Ramadan.
“Satu hari satu lori dan kita bukan hanya buat projek penuhkan peti ais tapi dalam masa sama kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berinfak dalam bentuk tunai untuk menyambut lebih kurang tiga minggu lagi ramadan dan juga menyambut bulan Syawal ini.
“Kita sama-sama berkongsi rezeki dan kumpul dana. Sebab mereka menunggu bantuan daripada kita dari segi barangan keperluan asas dan juga wang tunai.
“Kita akan teruskan lagi program infak ini dan bukan hanya dalam bulan Ramadan saja. Cuma dalam bulan Ramadan ini pada saya ia sangat luar biasa.
“Pasukan saya ini mereka semua kerja hebat dan sanggup ambil cuti yang panjang untuk buat program ini. Mereka tak minta satu sen pun untuk buat program ini. Memang sepenuhnya kerana Allah,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Sementara itu, penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu yang menyertai program itu sepanjang bulan ini turut berharap orang ramai dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan lagi misi berkenaan.
“Saya ‘enjoy’ sebab pertama kali turut serta. Cuma saya tak dapat buat banyak sebab ini pertama kali dan kadang-kadang saya tak tahu apa yang mereka perlu. Kita harap sangat-sangat ada bantuan daripada semua pihak yang prihatin.
“Selepas ini kita akan ke pusat tahfiz di sekitar Kuala Lumpur. Kita ada lebih kurang 30 tahfiz di KL dan kita akan menyantuni mereka serta berbuka puasa jika diizinkan. Jadi kita sedang rancang macam mana nak berbuka puasa dengan mereka, bawa makan sedap-sedap, pergi jalan-jalan dan bawa beli baju raya. Itu perancangan kita,” katanya.
View this post on Instagram
Bersempena program diadakan, Dr. Dhia yang juga pengasas Semblance Clinic berbesar hati untuk menaja berbuka puasa dan penyerahan duit raya buat anak-anak Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah dan anak-anak yatim dari Kediaman Cahaya Ain.
“Saya sudah lama memasang niat untuk buat program sebegini. Kebetulan rezeki berjumpa dengan Amaris dan pasukan Dapur Pasak. Saya memang tak boleh bagi orang lapar. Memang sifat saya macam itu. Jadi sangat suka apatah lagi bersama-sama dengan anak-anak yatim dan tahfiz ini. Rasa macam, anak-anak kita makan sedap, tapi mereka mungkin susah nak dapat tanpa adanya bantuan.
“Macam kediaman Cahaya Ain itu mereka tak pernah dijemput ke majlis berbuka puasa. Ini kali pertama buat mereka. Saya berasa sedih. Saya harap program sebegini dapat diteruskan walaupun bukan dalam bulan Ramadan,” katanya.
Malah, Dr. Dhia bersama 19 klinik difahamkan turut membayar sewa bulanan sebuah rumah berserta kelengkapan lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/oaroBHHqN-A
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI