Selebriti popular, Noor Neelofa hari ini mengambil keputusan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasutnya menerusi satu karnival jualan (preloved) pada esok di Petaling Jaya, Selangor.
Neelofa yang juga isteri pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu berkongsi perkara berkenaan menerusi beberapa hantaran di Insta Stories.
“Nak buat preloved kasut-kasut saya yang sangat banyak ini. Ada jenama Christian Louboutin dekat sini, ini Balenciaga, ini Celine… Kebanyakan saiz ialah 36, 37 dan 38. Murah-murah sahaja.
“Kasut-kasut ini kalau tidak letak dalam kotak sahaja, tak tahu nak buat apa. So sekarang ini nak jual RM300, RM500, RM800… Yang ini contohnya (sambil tunjuk kasut perincian jenama Christian Louboutin) harga asal dia RM14,000 tapi nak jual RM1,000 sahaja.
“Sebab tak tahu nak buat apa dah. Letak dalam kotak begitu sahaja sayang. Korang belilah, murah-murah. Kalau tidak harga dia semua ribu-ribu, belas ribu,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu sekali lagi mengingatkan bakal pembeli bahawa kasut yang ingin dijualnya adalah yang pernah dipakainya.
“Cuma saya nak beritahu, kasut ini semua 90 peratus yang sudah saya pakai, selebihnya belum pakai. Jadi jangan jangka ia dalam keadaan yang sempurna. Ini semua preloved yang saya pakai,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Mengapa Hilang Job, Allah Ganti Rezeki Lain,” – Tolak Tawaran Adegan Bilik Tidur, Ezlynn Mahu Jaga Imej Berhijab
Penyanyi, Ezlynn mengakui dirinya kini semakin selektif dalam setiap tawaran yang akan diterimanya.
Memetik laporan Kosmo Online, Ezlynn mendedahkan dia tidak berasa kesal seandai harus menolak beberapa tawaran yang kurang bersesuaian dengan dirinya lebih-lebih lagi bila melibatkan imejnya sebagai seorang wanita berhijab.
“Situasi pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada ramai orang termasuk saya apabila tiada lagi undangan persembahan mahu pun lakonan hingga perlu cari alternatif lain demi sesuap nasi.
“Saya pernah dapat tawaran bawa watak isteri. Dia tidak kisah saya sudah bertudung, cuma beri syarat untuk adegan dalam bilik tidur bersama ‘suami’, saya diminta mengenakan serkup kepala sahaja.
“Bukan perasan bagus, saya terpaksa tolak secara baik. Saya tahu masih ada yang tak faham biarpun serkup tidak menampakkan rambut, aurat lain termasuk leher masih kelihatan. Jadi lebih baik pendirian ini saya tegaskan supaya tidak menyusahkan pihak produksi nanti.
“Tak mengapa hilang ‘job’ itu kerana yakin Allah akan ganti rezeki lain. Mujur mereka faham malah saya sangat hargai ingatan pihak terbabit. Andai ada tawaran lain selepas ini, saya takkan menolak jika masih boleh berhijab penuh,” katanya seperti yang dipetik.
Kata penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini lagi, dia kini sedang berusaha untuk mendekatkan diri dengan agama meskipun mengakui harus berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Setiap insan ingin ke arah yang lebih baik, begitu juga saya. Dalam tiga, empat tahun lalu saya belajar betulkan dan lengkapkan solat, mendekati al-Quran, imarahkan majlis agama dan sebagainya kerana saya ada banyak kekurangan.
“Selepas itu saya mula jaga pertuturan dan pemakaian. Lama-kelamaan saya berhijab tetapi saya enggan bertudung sebab fesyen semata-mata. Jadi, saya tutup aurat dengan mengenakan stoking tangan dan kaki sampailah sekarang.
“Dugaan memang banyak namun kita kena istiqamah, tambahan pula insan seperti saya yang masih perlu banyak belajar. Oleh kerana itu saya jadikan laman sosial sebagai medan tambah pahala dengan berkongsi pelbagai ilmu bermanfaat kepada diri dan orang lain.
“Saya juga padam gambar lama, segan ingat kekhilafan lalu namun jika ada video atau gambar tak berhijab dalam medium lain, itu semua di luar bidang kuasa saya, janji Allah tahu saya sudah berubah. Semua itu juga jadi pengajaran pada diri sendiri,” ulasnya lagi.
Mengakui pendamik Covid-19 sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatannya, Ezlynn memaklum dia sedia melakukan apa sahaja jenis pekerjaan asalkan ianya membawa kepada rezeki yang halal.
“Kalau ikutkan dugaan musim Covid-19 ini cukup mencabar. Saya tak kisah buat apa pun janji dapat rezeki halal. Pembabitan dalam APM pula antara cara saya kurangkan tekanan. Daripada meratapi nasib, lebih baik saya buat kerja amal.
“Insya-Allah rezeki itu akan datang kemudian, mungkin dalam keadaan lain. Namun kalau pasal berlakon atau menyanyi, saya tetap sedia terima sebab ini adalah tempat saya cari makan,” akhirinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sanggup Jumpa Dajjal Sebab Aku Tak Nak Pergi Kerja Lagi,”- Datuk Aaron Aziz Kongsi Cerita Fasal Dajjal, Tapi Lain Pula Respon Individu Ini…
Pelakon Datuk Aaron Aziz ada meluahkan rasa kebimbangannya terhadap tipu helah dajjal yang semakin jelas dan nyata ketika ini.
Katanya, walaupun dajjal masih belum wujud tetapi langkah-langkahnya untuk menyesatkan umat manusia telah pun bermula.
Perkongsian tersebut dibuat pelakon itu menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
Selain itu, aktor tersebut turut berkongsi tentang kandungan buku The New World Order.
View this post on InstagramA post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on
“Sesungguhnya Dajjal sudah bermula langkah langkahnya. Walaupun dia belum wujud. Takkan kita nak tunggu dia tiba baru nak sedar.
“So parents pls jaga anak anak kamu bukan saja dgn kasih sayang tapi dgn juga ilmu firman ALLAH SWT dan Sunnah RASULULLAH SAW yg kami sayangi,” tulisnya.
Sedang yang lain risau dengan tipu helah dajjal, lain pula respon yang diberikan oleh individu ini;
“Aku nak dia keluar secepat mungkin supaya aku tak payah pergi kerja lagi. Dan aku yakin iman aku kuat. Aku harap iman kau pun kuat bro,” jawab individu tersebut.
Melihat komen tersebut, ini pandangan yang diberikan oleh Aaron;
“Saya tak cakap nak dia keluar. Nak tak nak dia akan datang. Esok lusa tak tahu lagi.
“Saya doakan agar anak-anak kita selamat daripada segalayang mnyesatkan. Itulah jihat kami sebagai ibu bapa,” katanya kepada individu berkenaan.
Alamak… lain yang dikongsi, lain pula komen yang dapat. Apapun, rasanya tak salah untuk kita mengingatkan antara satu sama lain, apatah lagi melibatkan soal positif.
Sumber: Instagram Aaaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azhan Rani Akur Kena Patuh ‘Arahan’ Dua Bekas Pelajarnya – “Perasaan Bercampur Baur Kerana Tak Percaya…”
“Zaman dia ikut cakap aku dah habis. Ini zaman kita ikut cakap mereka pula.”
Demikian kata pelakon Azhan Rani yang kini terpaksa akur apabila perlu mendengar arahan dua bekas pelajarnya iaitu Azhar Zainal dan Fasyali Fadhli bagi menjayakan pementasan teater terbitan Mask Team berjudul Andak Bertandak.
Azhan berkata, menerusi teater itu Azhar bertindak sebagai pengarah manakala Fasyali sebagai penulis skrip dan kedua-duanya adalah bekas pelajarnya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Perasaan sudah tentu bercampur baur kerana tak percaya dulu mereka berdua ini selalu tunggu arahan saya, tapi sekarang saya kena ikut kehendak mereka.
“Sebagai pelakon saya memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka memandangkan keduanya sudah profesional dalam bidang ini.
“Jadi saya buang ke tepi sebagai individu yang pernah menjadi tenaga pengajar dan pengarah mereka.
“Malah saya cuba ‘korek’ segala idea dan semangat adrenalin orang muda ini. Saya biarkan mereka berkarya dan ikut apa yang dimahukan. Ini masa mereka untuk keluarkan apa yang mereka miliki dan saya ambil ‘barang’ mereka,”katanya.
Menurut Azhan, dia berharap Azhar dan Fasyali yang kini merupakan Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) terus menjadi nama-nama penting dalam pementasan teater.
“Mula-mula agak susah nak percaya tapi saya kena terima hakikat ini. Dalam masa sama terharu sebab mereka kini sudah mampu memberi arahan selain pakar dalam bidang masing-masing.
“Saya sangat kagum dan mengharapkan mereka terus menjadi nama-nama penting dalam seni pementasan teater atau pun drama,” katanya.
Dalam pada itu, Azhan berkata, selepas lapan tahun tidak terbabit dalam pementasan teater dia akhirnya terbuka hati untuk menerima tawaran teater Andak Bertandak.
“Kali terakhir saya terbabit dalam pementasan teater adalah pada tahun 2016 menerusi teater Muzikal Randai Cindua Mato di Istana Budaya.
“Selepas itu, saya tidak terbabit dalam mana-mana pementasan, cuma sesekali dapat menghadirkan diri sebagai penonton.
“Sebenarnya kalau ikutkan saya agak keberatan untuk sertai teater ini kerana jadual seni saya agak padat disebabkan terikat dnegan penggambaran drama bersiri di Johor.
“Dalam masa sama, saya juga perlu membahagikan masa untuk menghadiri latihan. Jadi pada awalnya saya terpaksa tolak tawaran ini, tapi disebabkan Mask Team tidak berhenti memujuk kerana mahukan saya terbabit dalam teater ini selain sanggup mengatur jadual saya membuatkan saya terharu dan bersetuju.
“Tambah pula ini bukan kali pertama tawaran daripada Mask Team. Sebelum ini pun mereka ada mempelawa saya dalam pementasan teater Maduku Kalut,” katanya.
Teater Andak Bertandak bakal dipentaskan pada 29 Ogos hingga 1 September depan di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).
Selain Azhan, pelakon lain yang terbabit ialah Ellie Suriaty, Riena DIana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.
Tiket menyaksikan teater Andak Bertandak sudah dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com dengan harga tiket bermula RM65, RM95, RM125, dan RM155.
Teater Andak Bertandak mengisahkan kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah.
Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini akan disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton.
Biarpun bergenre farce comedy, teater Andak Bertandak diharapkan mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton yang hadir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI