Seperti tahun lalu, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan membuka penjualan tiket kepada peminat setia anugerah berprestij ini.

Sesi juala tiket adalah pada hari Khamis, 9 Januari 2020 melalui laman sesawang rasmi www.myticket.asia.

Membariskan lapan penyanyi solo dan empat buah persembahan kumpulan, semestinya persaingan para finalis kali ini lebih hebat berbanding tahun lalu.

Oleh itu, tiket AJL34 dianggarkan akan terjual lebih laris berbanding tahun lalu.

IKLAN

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, mereka turut menggunakan sistem nombor bagi memudahkan ruang tempat duduk.

“Memperhalusi sistem tiket dan tempat duduk audien di Axiata Arena, kami akan memperketat sistem pengawal selia setiap kemasukan penonton ke Axiata Arena.

IKLAN

”Pihak penganjur juga akan menggunakan sistem tempat duduk bernombor bagi memudahkan pemegang tiket membeli tempat duduk yang dikehendaki mereka tanpa berebut dengan audien lain pada malam 9 Februari itu nanti.

”Oleh itu, para pembeli dan pemegang tiket haruslah berhati-hati ketika membeli tiket dan mematuhi nombor tempat duduk yang dibeli bagi memastikan kelancaran Anugerah Juara Lagu 34 nanti,” katanya.

IKLAN

Sementara itu, tiket Anugerah Juara Lagu 34 adalah berdasarkan aras tempat duduk yang hendak dibeli, iaitu Arena, Aras 3, dan Aras 4. Para peminat AJL34 boleh memilih sama ada hendak membeli tiket Arena yang berharga RM60, atau Aras 3 dengan harga RM40, atau Aras 4 dengan harga RM30.

Dapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 34 anda secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad. Walau bagaimanapun, para pembeli tiket hendaklah sedia maklum bahawa kanak-kanak dibawah umur 7 tahun tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam Axiata Arena ketika AJL34 berlangsung.

AJL34 akan bersiaran secara langsung pada 9 Februari 2020 (Ahad), 9.00 malam. Hangatkan lagi perbualan di alam maya anda dalam laman media sosial dengan menggunakan tanda pagar #AJL34.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI