Bagi peminat setia Senario, sudah pasti ini satu berita yang mengembirakan kepada para penonton setianya.
Pelakon yang juga anggota kumpulan itu, Saiful Apek ada berkongsi berita gembira itu menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.
Saiful memaklumkan, Senario akan bersama menerusi projek Senariounion.
Difahamkan, drama tersebut dijangka bakal menemui penonton pada malam raya kedua nanti.
“Indah & nikmatnya, harga SILATURRAHIM & UKHWAH yg tiada nilai dgn wang ringgit, bersama sahabat2 yg masih lagi ISTIQOMAH utk bersama2 selagi masih bernyawa.
IKLAN
“Sayangi sahabat2, ibarat famili sendiri. “the richest person in the world, is the one who have everything that money cannot buy. it’s LOVE & FAMILY” Syukur اَلحَمْدُلِله •
“RepostBy @senariounion: “malam RAYA KEDUA! tungguu…#Senariounion” (RTM TV2 & waktu siaran akan diumumkan.
IKLAN
“Pada yg tertanya2 kenapa 6 ahli sahaja, disebabkan Abg @lanpetpet tak dapat bersama atas kesibukan urusan yg tak dapat dielakkan)“tiada kejadian yang dijadikan kebetulan,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan rindu terhadap kumpulan pelawak yang pernah mencipta fenomena sekitar tahun 90-an itu.
Selain laris dalam beberapa filem humor sebelum ini, Senario turut hits menerusi beberapa buah lagu antaranya Cari Tapak, Cepat Kaya dan banyak lagi.
Foto: Instagram Saiful Apek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang merancang untuk meninggalkan zaman solo tahun 2020 mengakui dia kini merupakan wanita yang terpaling bahagia kerana sedang diulit cinta lelaki berusia 28 tahun.
Meski belum lagi bersedia untuk mendedahkan siapakah jejaka yang kini bertakhta di hatinya, namun dia mengakui sudah pun bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga.
“InsyaAllah kalau ada rezeki, saya pilih tahun hadapan. Jangan tanya lagi nanti saya akan kongsi. Saya sedar meski ramai yang sudah tahu siapakah gerangannya, namun rakan media cukup hormati permintaan saya.
“InsyaAllah saya akan dedahkan wajahnya pada malam berinai nanti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai adakah majlis nikahnya nanti akan dilakukan secara tertutup atau hanya sebaliknya, penyanyi Bakawali ini ada jawapan sendiri.
Jelas bintang yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom ini, tiada sebab untuk dia merahsiakan perkahwinan sementelah dia mahu meraikan bersama rakan media dan peminat tersayang.
“Saya anggap ini perkahwinan yang pertama. Kalau boleh saya berhajat untuk lakukan apa yang tak pernah saya rasa sebelum ini, pada perkahwinan yang akan datang, insyaAllah. Dulu masa nikah, Mama baru saja meninggal.
“Jadi kita langsungkan majlis di surau saja. Jadi kalau boleh teringin rasa meriah sikit, kebetulan ini merupakan perkahwinan pertama bakal suami. Jadi ya, saya sangat teruja. Malah anak pun cukup rapat dengannya.
“Keluarga pun sudah saling berkenalan dan kami memang mahu percepatkan segala urusan. Saya sendiri dah lalui macam-macam hal dan rasanya perancangan Allah itu terlalu cantik,” akhiri Kak Lina.
Terdahulu, ibu tunggal ini pernah bernikah dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dan bercerai tahun berikutnya. Hasil perkahwinan itu, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Sepfhia.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami yang juga penyanyi, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Menurut Stacy, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam kepadanya juga cukup santai dan tidak terlalu berat.
Imbas kembali, pada 24 Ogos lalu genap enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’.
“Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik,” kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 itu.
Malah hubungan baik yang terjalin ketika itu juga mendorong penyanyi lagu Pelangi Senja itu terus mendekatkan diri dengan agama Islam.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami.
“Pada 26 September 2015, kami bertunang, seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” katanya.
Stacy mengimbas detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya, baru-baru ini.
Dedah Stacy kepada hosnya, Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, momen tersebut pernah menjadi tular dan sensasi apabila penyebaran gambar serta video proses pengislaman dirinya.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Dia pada masa sama mengakui, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira.
“Ketika itu saya sedar, perasaan bukan-bukan itu hanya mainan emosi,” katanya yang masih belajar untuk menjadi insan terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi.
Program Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu.
Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Foto: Instagram Stacy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Lisdawati mengakui dirinya berasa sedikit ralat kerana tidak lagi berpeluang untuk berkongsi foto-foto kenangan sewaktu berkahwin kerana pada ketika itu dia masih lagi belum berhijab.
Menurut Lisdawati, mereka yang berkahwin dalam keadaan yang menutup aurat sangatlah bertuah kerana mereka boleh mengenang kembali momen-momen tersebut pada bila-bila masa dan dengan sesiapa sahaja.
Dalam pada itu, pelakon filem, KL Menjerit ini turut menyeru kepada pasangan yang bakal berkahwin untuk menjadikan kisahnya itu sebagai pengajaran.
“Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jangan jadi mcm saya. Terkecewa sebab semua tu hanya MEMORI tak boleh tayang lagi.
“@fauzinawawi2020 kalau ada budget kita nikah sanding balik nak?,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Sementara itu, Lisdawati turut dilihat sempat berseloroh mengajak suaminya itu untuk sekali lagi mengadakan majlis persandingan seandainya diberikan kesempatan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama selain turut mendoakan semoga rumah tangga yang dibina oleh Lisdawati dan Fauzi akan kekal bahagia sampai bila-bila.
Sekadar informasi, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi Nawawi pada tanggal 9 September 2007 dan telah pun dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Lisdawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!