Sejak berpisah dengan bekas suami dan bergelar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, usahawan tudung terkenal, Mawar Karim dilihat sering terpalit ‘gosip’ yang mempersoalkan status dirinya. Adakah sudah menemui penganti dan sebagainya.
Justeru, ketika ditemui empunya badan tampil menjawab desas-desus mengatakan kononya dia sudah berkahwin lagi yang sering bertebaran di laman sosial, yang nyatanya tidak benar.
Bagaimanapun, Mawar dia tidak menafikan bahawa dia sudah sepenuhnya ‘move on’ dari kisah terdahulu dan terbuka mengenali seseorang pada ketika ini.
Menurutnya lagi, dia juga tidak segan untuk berkongsi apa-apa berita tentang status perkahwinannya apabila tiba masa yang sesuai. Tambahan pula, dia akui dirinya bukanlah seorang selebriti dan kurang selesa berkongsi soal peribadi di laman sosial.
Apabila disoal bagaimana dirinya ‘move on’ ataupun ‘biarkan perakara yang lalu’ tentang pasangannya sebelum ini. Mawar mengatakan dirinya tidak cukup berpengalaman untuk membincangkan hal itu, namun sedikit sebanyak boleh berkongsi pandangan bersama orang ramai.
“Kalau nak ikutkan tip nak move-on ini tak adalah banyak boleh saya kongsikan. Pengalaman pun tidaklah banyak. Tapi apa yang boleh saya kongsikan adalah hargai apa perkara di sekeliling.
“Kita pula tidak tahu pula nasib apa yang ada depan mata ini sampai bila.” katanya.
Bagi usahawan berusia 35 tahun itu, jangan menyesal dengan setiap apa yang terjadi, malah jadikan ia satu iktibar. Dia juga akui Allah SWT ada aturan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Apa yang jadi kita jangan menyesal. Ambil perkara itu sebagai muhasabah diri.
“Jangan juga kita lupa untuk belajar dari apa yang terjadi dan jangan ulangi semula perkara yang sama pada masa akan datang.
“InsyaAllah, Tuhan itu Maha Adil, setiap aturanNya dalam ujian yang di berikan pasti akan membuahkan satu perkara yang ‘baik’ pada masa akan datang.” ujarnya.
Mawar berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Mawar Karim & Tiktok Hijabista