Bersempena dengan Hari Guru semalam, usahawan Joy Revfa ada berkongsi kisahnya bersama arwah ayah tercinta, Mohd Amin bin Awang.

Malah, arwah ayahnya juga merupakan seorang guru yang penyanyang dan digelar ‘Cikgu Paling Hensem’ di sekolah.

“Hari ni Hari Guru, biasa Hari ni ayah akan dapat banyakkkk sgt hadiah.. hadiah dari anak2 murid dia kt sekolah rendah. Mcm2 hadiah yg comel2 & joy la paling rajin baca satu persatu card2 Hari Guru & “surat cinta” dari anak2 murid cilik dia semua tu.. ayah selalu dapat hadiah paling banyak antara cikgu2 yg lain sbb Hari Guru & Hari Jadi ayah selang sehari je ? 16hb ( hari guru ) & 17hb ( hari jadi ayah ).. .

“Ayah selalu dapat Anugerah Cikgu Paling Hensem kat sekolah ? sbb tu ayah banyak sgt peminat2 dari anak2 murid dia kt sekolah rendah tu.. Setiap kali baca , sure kami akan ketawa sama2,” tulisnya panjang lebar. 

“Hari Guru & Hari Jadi Ayah Selang Sehari Je,”- Syahdu… Joy Revfa Imbas Memori Arwah Ayah, Digelar Guru Cikgu Paling Hensem!

“Hari Guru & Hari Jadi Ayah Selang Sehari Je,”- Syahdu… Joy Revfa Imbas Memori Arwah Ayah, Digelar Guru Cikgu Paling Hensem!

Ads

Dalam pada itu, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin menjadikan kenangan tahun 2009 sebagai tahun terakhir ayahnya bergelar seorang guru.

“Ingat lg, tahun 2009.. ayah dapat hadiah & card2 ucapan lebih banyak dari tahun2 sebelum ni.. Joy pun pelik.. puas duk tolong bukak hadiah satu persatu. Tak habis2 rasanya sbb byk sgt ? Kebanyakkan anak2 murid nya bagi ucapan “maafkan silap saya selama menjadi anak murid cikgu..” ucapan yg sama dari murid2 yg lain juga.. 

“Rupa2nya, tahun 2009 adalah tahun terakhir ayah jadi cikgu kepada mereka.. ? seakan2 anak2 murid nya terasa yg mereka akan kehilangan cikgu yg paling mereka sayang.. .

Ads

“Alhamdulilah, ayah pergi mengadap ilahi pada hari yg sgt baik & keadaan yg tenang pada 10.10.2009.. Tapi kami tetap tak anggap ayah meninggal tapi dia hanya “pergi” dulu je.. ayah tunggu kami kt sana.. tunggu kt pintu syurga. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat Arwah ayah joy iaitu Mohd Amin bin Awang.. ? Ayah sentiasa mekar di dlm hati kami sekeluarga buat selama lamanya.. @sofiaabbas61@zharif_sofia @dyanasofia #rinduayah,” tulisnya lagi. 

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai terhadap  posting tersebut.

“Hari Guru & Hari Jadi Ayah Selang Sehari Je,”- Syahdu… Joy Revfa Imbas Memori Arwah Ayah, Digelar Guru Cikgu Paling Hensem! “Hari Guru & Hari Jadi Ayah Selang Sehari Je,”- Syahdu… Joy Revfa Imbas Memori Arwah Ayah, Digelar Guru Cikgu Paling Hensem!

Ads

Foto :  Instagram Joy Revfa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI