
Sedang menantikan detik kelahiran cahaya ketiga dan yang pertama menerusi perkahwinan bersama pelakon, Aidil Aziz, perkongsian Fasha Sandha terhadap institusi perkahwinannya mendapat perhatian ramai.
Jelasnya menerusi satu entri Instagram buat tatapan umum beberapa hari lalu, dia dan suami saling berusaha untuk menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing.
Malah, bintang filem Anak Halal ini juga bercerita, si suami kini setiap hari ‘bercakap’ dengan bayi yang bakal lahir dan sering urut kakinya.
“Mencuba sedaya upaya untuk menerima ketidaksempurnaan masing2, Insyaallah.
“Terima kasih Suami, hari2 bercakap dengan baby dan urut kaki yang semakin sakit,” tulis Fasha.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat mendoakan agar urusan bersalin kelak dipermudahkan buat Fasha.
Terdahulu, pasangan selebriti ini diijabkabulkan pada 30 Mac 2019. Ia adalah perkahwinan kedua bagi Fasha.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua permata hati iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Kata Mampu Saya Gambarkan, Sungguh Keibuan,” – Kongsi Pengalaman IVF Sebanyak 17 Kali, Siti Elizad Terharu Terima Pangilan Dari Permaisuri Agong

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad mengakui berasa amat terharu selepas mendedahkan ada menerima panggilan daripada, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah.
Jelas Elizad, Tuanku Azizah telah menghubunginya bagi bertanyakan khabar serta memberikan kata-kata semangat selepas kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga berasa amat kagum dengan kisah Tuanku Azizah yang sebenarnya telah pun menjalani proses In vitro fertilization (IVF) sebanyak 17 kali.
“Would love to share this special moment. Hari ni hari yg sgt menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah.
“Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yg mengatakan saya ‘Mandul’ tempoh hari.
“It really touch my heart with this beautiful call Tuanku. Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi, dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan ivf saya.
“Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siap. Tuanku berikan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan ivf,” tulisnya.
Kisah gembira itu dikongsikan oleh penyampai radio Sinar itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Elizad turut menyeru kepada para ibu yang kini sedang berusaha mendapatkan zuriat untuk terus kuat bagi mengharungi cabaran ini.
“Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai .
Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh-sungguh keibuan.
“Sempat juga Tuanku selitkan ‘Saya tgk drama awak sebelum-sebelum ni, awak dah tak berlakon lagi?’ Allahuakhbar. Terima Kasih banyak Tuanku Permaisuri. Really made my day. Ampun Tuanku .
“To all ttc squad, we are fighters. People can say whatever they wish. Hanya kita sesama kita yg melaluinya. For those yang kecam dan ckp ‘nak buat anak pun nak bising-bising’,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Elizad turut mendedahkan antara sebab dia sering berkongsi mengenai perjalanannya melalui proses IVF adalah untuk memberi semangat buat para ibu yang senasib dengnnya.
“Untuk pengetahuan semua, my intention sharing my ivf journey is only for those ttc squad to get more information. Not to be afraid or malu berjumpa dgn pakar. Nak semua #ttcsquad come forward .
“Dalam masa yg sama, saya bekerjasama dgn pihak Sophea Fertility. Jadi apa yg berkaitan dgn ivf , of course saya kongsikan dgn mereka yg senasib dgn saya. Harap this one clear.
“Tiada paksaan pun utk ikuti kisah saya . Terpulang pada followers .
I just share my journey here .
Sama juga mcm para ibu yg lain . Berkongsi tentang kecomelan anak2 mereka di media sosial.
“Jadi x salah kiranya saya berkongsi perjalanan ivf saya & pengalaman bersama mereka yg senasib dgn saya . Spread love semua . Not hate . Terima kasih . @sophea_fertility @dr.azlin .Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul wareseen,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Siti Elizad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yuna Ulas Imej Aina Abdul – “Dia Mencipta ‘Art’ Dalam Kerjayanya.”

Penyanyi dan komposer, Yuna, 38, menyifatkan perjalanan seninya selama hampir dua dekad membuka mata bukan sahaja di dalam dunia muzik, tetapi juga terhadap perkembangan fesyen semasa.
Malah, peluang untuk mengembangkan karier seni di Amerika Syarikat turut memberi peluang kepadanya untuk meneroka pelbagai perkara baharu dan dia terbuka melihat evolusi fesyen selebriti khususnya.
“Dulu apa sahaja yang saya pakai ketika menghadiri majlis anugerah misalnya, pasti akan kena kritik. Malah kalau pakai ‘biasa-biasa’ pun kena. Namun saya faham sebab kebanyakan warganet ada sahaja yang mahu dikomen.
“Bagaimanapun sekarang, situasi tersebut lebih terbuka. Ada sesetengahnya yang mahu mencuba fesyen terbaru dan melihat apa kesannya.
“Ambil contoh seperti penyanyi Aina Abdul. Setiap kali dia muncul membuat persembahan kita sudah boleh jangka apa yang dia bakal tampilkan. Sesuatu yang baru dan ‘crazy’.
“Bagi saya, kita perlukan perkara sedemikian dalam industri. Sebelum ini siapa yang berani buat begitu, tiada siapa. Jadi pada saya, ia sesuatu yang bagus bila Aina buat begitu sekaligus buat peminat maklum itu dia punya identiti,” katanya.
Mengulas sikap warganet yang sering menyerang fesyen pelik dan di luar kotak yang sering digayakan penyanyi lagu Sepi itu, Yuna berharap, Aina tidak patah semangat.
“Dia mencipta ‘art’ dalam kerjayanya dan dia seorang yang berani. Saya juga ada dengar orang bercakap dan beri komen negatif terhadap penampilannya yang lain daripada lain.
“Bagi saya, Aina perlu teruskan sahaja dan jadi diri sendiri. Just have fun, itu sahaja. Kita seorang yang sukakan seni dan fesyen,” katanya lagi.
Yuna berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi Kempen Yuna For Abu KLFW24 di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Yuna juga memilih untuk menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana jenama pro-Israel dan percaya kepada rezeki dalam seni.
“Alhamdulillah, setakat ini, rezeki saya masih ada dan semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Saya dan suami percaya rezekiNya. Hanya mereka yang terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin sahaja akan lebih memahami.
“Saya sendiri setiap hari melihat video kekejaman yang berlaku di Palestin. Saya perlu bertegas kerana memiliki ramai peminat dan semestinya perlu menunjukkan teladan yang baik.
“Itu cara saya dan kalau ada selebriti lain yang masih ingin bekerjasama, itu terpulang kepada mereka. Setiap orang ada jalan hidup mereka sendiri.
“Malah sebelum ini, saya ada menolak bekerjasama dengan jenama yang saya rasakan tak selari dengan imej seperti syarikat rokok dan alkohol,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Yuna berbangga menggayakan koleksi terkini pereka fesyen dan penata gaya terkenal tempatan, Abu Shaef Hamza sempena penganjuran Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 (KLFW24) antara 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Cakap ‘Aku Ni Dapat Minggu Keempat Pun Bersyukurlah’,” – Rezeki Ada Lagi Di GV8, Ani Maiyuni Tak Pernah Letih Belajar

Penyanyi Ani Maiyuni mengakui tidak sangka rezekinya di Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) masih lagi ada, meski tidak menafikan saingan yang diterima daripadaa bintang lain cukup sengit.
Ani berkata, dia sebelum ini hanya jangka mungkin perjuangan di GV8 hanya mampu hingga minggu keempat saja.
“Saya jujurnya tak sangat. Sebab tahu yang lain-lain pun lebih ‘power’ dan orang sedia maklum. Saya cakap ‘aku ni dapat minggu keempat pun bersyukurlah”. Sekurang-kurangnya dapat merasai pertandingan di pentas yang besar dan belajar dengan mereka yang profesional, macam para juri dan sebagainya.
“Komen mereka itu adalah sebagai satu proses pembelajaran juga buat kami. Bukan senang nak cakap komen yang sebegitu. Bagi saya inilah dinamakan rezeki. Bila sudah sampai ke tahap ini pun saya rasa sudah rasa bersyukur sangat,” katanya.
Ditanya sama ada dia sudah mengetahui apa yang sepatutnya perlu dilakukan dalam pertandingan besar itu, penyanyi lagu Sedap ini tidak menafikan perkara berkenaan.
“Sebelum ini bila tengok kawan-kawan di pentas GV yang bertanding, kita akan cakap mengapalah tak buat begitu begini. Akan tetapi bila kita sendiri sudah berada di situ, baru tahu rupanya macam ini. Baru faham.
“Kita diberi masa kurang seminggu sahaja untuk haf lagu yang jarang dengar. Selain itu susunan muzik yang baru lagi. Belum lagi kalau dirasakan kurang sesuai kena ubah, potong lagi. Apapun, kena cepatlah menerima. Ditambah dengan usia yang begini kan?,” katanya lagi.
Minggu hadapan, Ani yang berjaya mara bersaing ke peringkat separuh akhir bakal mempersembahkan dua lagu iaitu Let’s Get Loud yang dipopularkan oleh Jennifer Lopez dan Sumpah (Aina Abdul).
Bertemakan ‘Lagu Untukmu’, kesemua peserta perlu mempersembahkan dua buah lagu iaitu berentak rancak dan perlahan yang digabungkan secara medley.
Konsert GV8 dilangsungkan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersiaran menerusi saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.
Program realiti nyanyian kendalian pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang bermula sejak 21 November 2021 itu juga turut boleh ditonton di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan secara online.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI