Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa terharunya apabila tiap kali menjelang Ramadan, dua orang cahaya matanya, Uqasyah Lew dan Qadeejah Lew menitip ucapan khas buatnya.

Perkara itu turut dikongsikan Ebit di Instagramnya.

“Ayah jangan buka puasa tau..kita baru nak 3 tahun nak masuk 4 tahun” nama saya Uqasyah Lew. Saya tak puasa tau” Kakak saya Qadeejah Lew 5 tahun hari inipuasa…Dekat kelas dia seorang puasa. Saya suruh buka. Dia taknak. Katanya nak makan dengan ayah dan umi nanti.

“Yer anakku nanti kita buka sama yer.. Hari-hari dia lukis lukisan tulis sayang ebit lew. Dapat jer surat ucapan Ramadhan tu rasa sedih sangat. Hari-hari dekat rumah ni dapat surat cinta dari anak-anak. Sayang umi ke sayang ayah lagi. Saya sayang Allah lebih. Dan sayang juga ayah dan umi.

“Buat saya rindu arwah mak dan ayah saya..macam tu ler kita kecil-kecil dulu kan. Cuma saya dah 12 tahun baru puasa betul-betul..hehe

Ads

“Puasa ini anugerah Allah buat kita semua. Bestnya bila dapat bawa bidadari dan anak-anak berjalan dan makan bersama.. Sedih sebak sangat bahagia masa bersama keluarga.

“Teringat Nabi saw walau penat letih menangis susah dalam dakwah. Saat di rumah Nabi saw paling baik dengan isteri dan anak-anak serta keluarga. Lagu ini betapa rindunya pada Nabi saw. Ya Allah sampaikan kami semua ke Madinah menziarahi Nabi saw. Rindunyaaaaa “Humko Bolana..undanglah kami” jemputlah kami ke sana ya Allah,” tulisnya.

View this post on Instagram

"Ayah jangan buka puasa tau..kita baru nak 3tahun nak masuk 4 tahun" nama saya Uqasyah lew. Saya tak puasa tau" Kakak saya Qadeejah lew 5 tahun hari ini puasa…Dekat kelas dia seorang puasa. Saya suruh buka. Dia taknak. Katanya nak makan dengan ayah dan umi nanti. Yer anakku nanti kita buka sama yer.. Hari-hari dia lukis lukisan tulis sayang ebit lew. Dapat jer surat ucapan Ramadhan tu rasa sedih sangat. Hari-hari dekat rumah ni dapat surat cinta dari anak-anak. Sayang umi ke sayang ayah lagi. Saya sayang Allah lebih. Dan sayang juga ayah dan umi. Buat saya rindu arwah mak dan ayah saya..macam tu ler kita kecil-kecil dulu kan. Cuma saya dah 12 tahun baru puasa betul-betul..hehe . Puasa ini anugerah Allah buat kita semua. Bestnya bila dapat bawa bidadari dan anak-anak berjalan dan makan bersama.. Sedih sebak sangat bahagia masa bersama keluarga. Teringat Nabi saw walau penat letih menangis susah dalam dakwah. Saat di rumah Nabi saw paling baik dengan isteri dan anak-anak serta keluarga. Lagu ini betapa rindunya pada Nabi saw. Ya Allah sampaikan kami semua ke Madinah menziarahi Nabi saw. Rindunyaaaaa "Humko Bolana..undanglah kami" jemputlah kami ke sana ya Allah.. . ParamountCoffeeHouse dibuka 3 petang sampai 12 malam. Cawangan bangi sentral Bandar Baru Bangi, Vista alam shah alam, Conezion ioi Putrajaya. Waffle ini khas kembali lagi dalam Ramadhan ini. -ebitlew #ebitlew #paramountcoffeehouse

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ads

Video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan yang melihatkan gelagat anaknya, Uqasyah sedang menikmati waffle di sebuah restoran.

Terdahulu, Ebit sering berkongsi kisah hidupnya bersama keluarga tercinta

Ads

View this post on Instagram

Saya bisik pada bidadari saya sambil pegang tangannya.. Selamat menyambut Ramadhan bidadari sayangku. Terima kaseh tau sebab sentiasa doakan abang. Syukur tak sabar malam ni dah tarawih. Tibalah saat Allah nak beri kita hadiah tak berhenti-henti. Baiknya Allah..maha baik.. Dah terasa sejuk dan tenang Ramadhan. Ya Allah terima kaseh. Bidadari saya sebak..dia kata terima kaseh abang sayang dan bimbing saya selama ini…dia cium tangan..sebak rasa..kita cuma orang biasa dan bukan sesiapa tapi dia pilih kita lagi..untuk bersama dalam bulan Ramadhan. Kenal dan sebut namaNya . Peluk cium anak-anak. Selamat menyambut bulan yang dinantikan anak-anak ayah..anak mencelah ayah. Bestnya kalau kita lapar kerana Allah. Sebab Allah sangat baikkan ayah? Dia bagi semua. Bestnya kita dapat belajar sayang pada orang miskin dan anak yatim . Teringat Nabi saw lapar dan susah demi agama sampai pada kita..bestnya dapat buka puasa ramai-ramai.. Ya Allah….Malam Ramadhan saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.terimaKasehAllah . Doa kita makbul…Doa itu ajaib.. 2 waktu jangan terlepas berdoa. Kejut isteri dan anak-anak bersahur. Kerana sahur itu berkat. Jaga solat Fardhu awal waktu. Solat tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa dari hati dengan rendah diri dan faham apa yang di doakan. Solat Subuh berjemaah di masjid. Baca Al-Quran sama-sama. Dalam syurga, Mak ayah kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini. Diberitahu ini kerana bacaan Al-Quran anak kamu. Bawalah isteri dan anak-anak sama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh. Keduanya jangan lupa banyak berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk waktu Maghrib. Doalah panjang-panjang. Minta pada Allah . Cari orang miskin dan anak yatim. Bantu keluarga kita yang susah. Didik anak ingat korban Nabi saw dan sahabat rhum. Semoga Allah terima kita semua-ebitlew #keluargasunnahTourOktober2019

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Paling best balik jauh bila dapat masak untuk bidadari dan anak-anak. Walau jarang sangat. Dapat makan sama-sama. Bersepah dapur ayah masak. Anak-anak berlari makan dekat saya. Nikmatnya bila dapat beri masa bersama bidadari dan anak-anak. Suap bidadari dan anak-anak. Bestnya . Ramadhan berapa hari jer lagi indahnya jika kita bawa keluarga dekat pada Allah. Sejuk Ramadhan dah makin terasa. Bulan bahagia kasih sayang, belas kasihan, hati lembut, doa sangat makbul, dosa diampunkan. Solat awal waktu, tarawih,qiamulail,baca AlQuran, buat Talim. Kasihan semua mak-mak dah siap menu sepanjang Ramadhan demi suami dan anak-anak . Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain. Jamu orang miskin dan anak yatim. Teringat Saidina Umar ra khalifah mulia bawa guni barang dapur dan masak untuk sebuah keluarga miskin tengah malam atas bukit dalam khemah. Hidupkan api sampai janggut dan wajahnya kena asap. Layan dan lihat anak mereka bermain. Katanya melihat anak ini tadi menangis lapar buat rasa sedih dan melihat mereka bermain kekenyangan buat rasa bahagia . Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Bulan penuh rahmat dan keampunan Allah. Orang yang paling untuk orang khidmat. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka buat mereka paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga. Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Semoga Allah sayang kita semua-ebitlew #keluargasunnahTour2019 #perbaikiDiri

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Dah sampai rumah tengah malam dari Kuala Terengganu. Tengok bidadari dah tidur. Anak sulung jer tengah hafal Al-Quran. Bidadari dah pengsan urus anak-anak. Kasihankan. Tengok bidadari rehat tidur kebahagiaan buat saya. Ya Allah. Andai diberi pilihan mahu rasanya sentiasa bantu bidadari di rumah. Perlahan-lahan masuk rumah. Sapu rumah, buang sampah, lipat kain sikit-sikit. Penat tau kerja ni semua. Sebenarnya kerja saya seorang suami. Bidadari saya buat semuanya. Ya Allah. Tak pernah merungut. Jika bidadari saya terjaga, dia tak bagi buat semua ini. Ya Allah sakit pinggang masa angkat baju dan lipat. Nak susun ikut almari masing-masing. Itupun ada seninya. Lepas tu start kereta pergi isikan minyak kereta bidadari saya. Sebab susah bawa anak 4 orang nak isi minyak. Cek angin tayar. Terima kaseh Allah. . Anak saya suka rakam saya untuk motivasi dirinya. Nanti supaya mereka ingat betapa pengorbanan uminya. Dan betapa ayahnya sayang pada uminya. Jadi kenang-kenangan yang baik. Terimalah ya Allah asbab kebaikan dan hidayah. Terima kaseh asl construction malaysia renovate rumah 0162118472 jadi kemas dan cantik jer -ebitlew . Pohon doa keluargasunnah tour Malaysia oktober 2019. 10 buah negeri.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Video : IG Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI