Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mendedahkan proses penghijrahan bukan sahaja berlaku terhadap dirinya seorang tetapi turut melibatkan suaminya, Raf Yaakob.
Menurut Mawar, dia kini makin gembira melihat suaminya itu turut berhijrah demi menjadi muslim yang lebih baik.
“Saya sangat gembira untuk kamu papalove (Raf). Bukan Anje (Mawar) je berhijrah, abang pun berhijrah juga.
“Gembira tengok abang sekarang makin tenang, sangat sabar and always senyum. Senang cerita, hari-hari duduk dengan abang, rasa sejuk je la.
“Dengan orang sekeliling pun, abang senyum. Abang lebih disenangi orang dan disayangi orang.. Suka tengok abang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan (dulu pun dah baik, tapi sekarang lagi baik sampai rasa makin sayang).
Ads
“Jadi ya, saya gembira kita sama-sama berhijrah. Sama-sama berubah ke arah kebaikkan. Insya-Allah demi rumah tangga yang bahagia . Saya kuat bila bersama kamu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Dewi Remaja 2014/20115 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat perkongsian tersebut, ini reaksi balas Raf sendiri;
Ads
“Terharu abang bila anje cakap macam tu. Sama-sama kita istiqamah ok. Abang sentiasa doakan yang terbaik untuk kita dank anak-anak.
“Kita ni anak nak masuk dua dah tapi rasa macam baru semalam je nikah. I love you tau. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa abang saya sayangkan awak,” balasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain mendoakan semua Raf dan Mawar kekal bahagia hingga ke jannah.
Ads
Terdahulu, pasangan ini telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Rafael.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan suaminya kini bersama bekas isteri.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan suami isteri, Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana mengumumkan berita gembira apabila mereka bakal menimang cahaya mata sulung.
Perkara itu dikongsikan Dayana yang popular dengan drama bersiri kanak-kanak, Elly & Epit di Instagramnya apabila dia berkongsi foto ultra sound kandungannya.
“Alhamdulillah. Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu).
“Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insyaAllah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik.
“Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat.
“Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat merasakan wajah Aisyah persis dengan wajah penyanyi kumpulan Kpop, Lisa Blackpink.
Sekadar informasi, Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz telah dilahirkan di Singapura pada 21 Mei 1994 dan adalah adik kepada penyanyi Aliff Aziz.
Foto: Instagram Aisyah Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara yang berusia 35 tahun itu seakan akan sudah tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata yang ketiga.Tambahan lagi pasangan ini juga mengharapkan dikurniakan cahaya mata lelaki.
Lalu, peminat Nabil juga turut berasa gembira dan tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata Nabil yang ketiga.
Disamping itu, rata-rata peminat memuji wajah anak-anak pasangan itu kerana kelihatan sangat comel.
Komen
Komen
Untuk rekod, Zira telah berkongsi berita gembira ini pada September tahun lepas. Kandungan Zira kini sudah mencecah usia 6 bulan.
Foto : Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...