“Hari-Hari Duduk Dengan Abang, Rasa Sejuk Je,” – Turut Sama Berhijrah, Mawar Rashid Gembira Lihat Perubahan Imamnya

Share

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mendedahkan proses penghijrahan bukan sahaja berlaku terhadap dirinya seorang tetapi turut melibatkan suaminya, Raf Yaakob.

Menurut Mawar, dia kini makin gembira melihat suaminya itu turut berhijrah demi menjadi muslim yang lebih baik.

“Saya sangat gembira untuk kamu papalove (Raf). Bukan Anje (Mawar) je berhijrah, abang pun berhijrah juga.

“Gembira tengok abang sekarang makin tenang, sangat sabar and always senyum. Senang cerita, hari-hari duduk dengan abang, rasa sejuk je la.

“Dengan orang sekeliling pun, abang senyum. Abang lebih disenangi orang dan disayangi orang.. Suka tengok abang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan (dulu pun dah baik, tapi sekarang lagi baik sampai rasa makin sayang).

“Jadi ya, saya gembira kita sama-sama berhijrah. Sama-sama berubah ke arah kebaikkan. Insya-Allah demi rumah tangga yang bahagia . Saya kuat bila bersama kamu,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Dewi Remaja 2014/20115 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat perkongsian tersebut, ini reaksi balas Raf sendiri;

“Terharu abang bila anje cakap macam tu. Sama-sama kita istiqamah ok. Abang sentiasa doakan yang terbaik untuk kita dank anak-anak.

“Kita ni anak nak masuk dua dah tapi rasa macam baru semalam je nikah. I love you tau. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa abang saya sayangkan awak,” balasnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain mendoakan semua Raf dan Mawar kekal bahagia hingga ke jannah.

Terdahulu, pasangan ini telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Rafael.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan suaminya kini bersama bekas isteri.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

Published by
Aizam Manaf