Penyanyi Nurshahila Amzah atau sinonim dengan panggilan Shila Amzah kini sedang menanti hari untuk melahirkan anak pertamanya.
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Shila berkata dia kini menonton video orang lain bersalin hampir setiap hari.
Kongsi penyanyi lagu Tiada Dirimu ini, dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu.
“Kembang setaman. In sha Allah Lagi lebih kurang sebulan lebih je ni..Hari2 tengok video labor and delivery org lain Bag hospital in Sha Allah dah complete.
“Kalau ikut kan tendangan padu dari baby, dia macam dah tak sabar nak keluar…
Terutamanya tendangan Di tulang rusuk saya.. Tak kelakar ye rasa dia,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan Shila dipermudahkan.
Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Pada 7 May yang lalu, Shila telah mengumumkan jantina bayi bersama peminatnya dan bayi yang bakal yang bakal dilahirkan adalah bayi lelaki.
Foto : Instagram Shila Amzah