Memasuki minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan, masih ramai individu yang tampil memberikan bantuan lebih-lebih lagi buat mereka yang terjejas pendapatannya.
Misalnya, bekas pelakon, Azuan Mazlan ada berkongsi sebuah kisah sewaktu dirinya mengagihkan buat pelakon veteran, Aripah Damanhuri.
Menurut Azuan, pertemuannya bersama pelakon tersebut seolah-olah telah dirancang kerana Aripah dikatakan berhajat ingin bertemu dengannya selepas banyak mendengar kisahnya di Facebook.
“Doa seorang pelakon veteran Aripah Damanhuri dimakbulkan Allah swt.
“Sebelum saya datang ke rumahnya, hari semalamnya dia ada berborak dengan anaknya boy tentang diri saya Azuan Mazlan & ingin mengenali diri saya secara dekat sambil boleh berborak-borak
“Atas izin Allah swt saya datang dengan memakai mask dan Mak Pah tak perasan saya lagi masa tu, sahabat saya cuma cakap pasal saya saya dulunya saya juga berlakon.
“Jadi Mak Pah tanya saya, “apa nama awak ye nak (anak)?” Pastu Saya cakap la, “nama saya Azuan Mazlan”,” tulisnya.
Tambah Azuan, Aripah atau lebih mesra disapa Mak Pah kelihat amat terkejut sejurus mengetahui individu yang menghulurkan bantuan itu adalah dirinya.
“Mak Pah terkejut dengan raut wajahnya..
“Azuan Mazlan yang kat Facebook tu ke?” MasyaAllah.
“Mak baru cerita pasal kau semalam dengan anak mak si boy, mak cerita la yang baik2 pasal kau dekat si boy ni.
“Tak sangka semalam cerita pasal kau hari ini Allah swt hadirkan diri kau hantar bantuan makanan. MasyaAllah, hebatnya Allah swt.
“Walaupun saya tak pernah berlakon bersama Mak Pah dahulu tapi kebaikannya membuatkan Saya selesa dan macam dah kenal lama.
“Saya menghormati beliau sebagai Artis veteran yang humble dan sangat merendah diri,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Azuan turut menyeru kepada golongan yang bertanggungjawab serta berkemampuan untuk tampil membantu para penggiat seni terutamanya artis veteran.
“Saya merayu mana-mana pihak yang berkemampuan & bertanggungjawab dalam bidang seni ini, sila beri bantuan kepada Mak Pah supaya sedikit sebanyak boleh meringankan bebannya.
“Diwaktu kita diuji oleh Allah swt, gunakanlah senjata kita yang paling ampuh iaitu “DOA”, kerana doa adalah senjata orang mukmin yang paling hebat,” katanya lagi.
Sementara itu, dia turut menasihati orang ramai supaya memperbanyakkan doa dan jangan meminta-minta kepada mahluk sebaliknya mintalah kepada Sang Pencipta.
“Jangan sesekali Kita meminta-minta pada makhluk kerana apabila kita meminta-minta pada makhluk maka Allah swt akan berterusan mengalirkan diri kita.
“Apa saja masalah & kesulitan mintalah pada Allah swt sahaja. Buktinya, Mak Pah tak pernah berjumpa dengan saya sebelum ini tapi doanya Allah swt makbulkan untuk kami berjumpa atas izin Allah swt,” kongsinya di ruanngan Instagram.
sumber: Instagram Azuan Mazlan