Satu status yang dikongsikan oleh vokalis Akim & The Majistret, Akim Ahmad mengundang spekulasi ramai.

Ini kerana, suami kepada penyanyi Stacy itu antara lain ada menyentuh mengenai pembikinan muzik video untuk single mereka berjudul Rampas.

Jelas Akim, ia lagu yang ditujukan khas buat arwah ibu dan muzik video versi asal yang dibikin terdahulu disifatkan agak sensitif dan keterlaluan.

“Rampas tu, tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang, ibu aku. Dengan MV yang pada aku agak sensitif dan keterlaluan, aku rasa tak sesuai untuk aku keluarkan.

“Jadi aku amik keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua.

Ads

“Termasuk keluarga aku anak-anak aku, cikgu aku, kawan ayah aku, kawan ibu aku, kawan-kawan aku, sebab aku masih berpegang pada adat dan budaya timur aku, sebab aku Anak Ahmad,” katanya.

Jelasnya lagi, dia memutuskan untuk menukar konsep video berkenaan kerana idea asalnya pula dikatakan bertentangan dengan norma kebiasaan masyarakat kita.

Ads

“Aku dah kehilangan ibu aku, kalau aku keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang asia macam aku ni, apa pulak pandangan kekecewaan yang akan aku dapat dari ayah aku? Aku tak nak kecewakan ayah dan keluarga.

“Ini bila kita dah bagitau jalan cerita sesebuah lagu tu dah dibincangkan, tapi tetap nak buat sesuatu atas sebab “art” sebab nak kepuasan nafsu sendiri dalam berkarya. Siapakah?

“Hari ni anniversary aku, kau kacau family aku? Kau rasa kau siapa sial?” jelasnya lagi.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan tanda sokongan buat Akim selain turut berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Rampas merupakan lagu karya yang dilancarkan sekitar 2018 lalu dan masih lagi popular sehingga kini.

Sumber: Twitter Akim Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI