Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi detik cemas apabila memaklumkan anaknya yang juga merupakan pengidap autisme, Azil dikatakan telah melompat keluar daripada kereta semata-mata ingin membeli surat khabar di sebuah kedai serbaneka.

Jelasnya Zarina, perasaannya pada ketika itu sangat berdebar dan dia hanya berharap agar Allah sahaja yang dapat melindungi anaknya itu.

“Aduhh kering darah saya azil lompat dari kereta nampak Petronas nak cari surat khabar dia. Hari ni hari jadi Azil azal yang ke-25 Happy birthday Azal Azil.

“Yang orang tak tahu sebenarnya video ini dirakam setelah saya kejar azil di tempat yang selamat. Yang orang tak tahu hati saya berdebar debar sampai sekarang, tulisnya.

Ads

“Hari Ini Birthday Azal & Azil Yang ke-25, – Azal Pula Melompat Keluar Dari Kereta, Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas! “Hari Ini Birthday Azal & Azil Yang ke-25, – Azal Pula Melompat Keluar Dari Kereta, Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas!

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Zarina turut memaklumkan hari ini merupakan hari lahir anak kembarnya itu, Azal dan Azil yang ke-25 tahun.

Ads

Katanya lagi, dia akan tetap menjaga anak-anaknya itu sebaik mungkin meskipun orang diluar sana tidak faham akan kepayahan yang dilaluinya itu.

“Yang orang tak tahu saya cuma berserah pada Allah segalanya saya lalui saya redah saja. Janji saya jaga anak saya sebaik mungkin dan saya tak pernah kasari anak saya,” katanya lagi.

“Hari Ini Birthday Azal & Azil Yang ke-25, – Azal Pula Melompat Keluar Dari Kereta, Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas! “Hari Ini Birthday Azal & Azil Yang ke-25, – Azal Pula Melompat Keluar Dari Kereta, Zarina Zainuddin Kongsi Detik Cemas!

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluah rasa syukur kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku malah mereka juga turut menitipkan ucapan hari lahir buat Azal dan Azil.

“Happy birthday Azal dan Azil. Sabar Kak Ina sayang. Anak-anak syurga tu.

“Bahayanya, pintu pun terbuka lagi tu. Semoga Allah lindungi Azal dan Azil. Happy birthday.

“Happy birthday Azal dan Azil. Semoga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. Semoga Kak Ina tabah atas segala dugaan yang Allah SWT berikan. Allah sayang kita,” antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di laman Instagram.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI