Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh berkongsi tips bahagia menerusi video yang dirakam di Instagramnya.
Kongsi ibu beranak dua ini juga, setiap individu perlu menyanyangi diri sendiri dan orang di sekeliling agar kehidupan akan lebih bahagia.
“Hari ini bonda nak cerita pasal love. Kalau kita nak gembira dan bahagia, kita kena sayang diri kita dan sayang orang sekeliling.
“Apabila kita sayang diri kita lebih, kita nampak dan hargai kelebihan yang ada dalam diri kita. Kita juga akan nampak diri kita special. Kita dapat kembangkan lagi potensi kita.
“Kalau kita sayang orang, orang akan sayang kita sebab inilah dipanggil ‘love attraction’. Kita juga perlu sayang persekitaran kita dan akan nampak setiap keistimewaan yang memberikan manfaat kepada diri kita sendiri,” ujarnya.
Lalu, perkongsian tersebut disetujui orang ramai yang telah memberikan komen pelbagai.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Ads
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim, 2 bulan.
Berkongsi artikel Berita Harian, pelakon Faezah Elai mengakui lebih tenang hidup tanpa dunia glamor.
Katanya seperti yang dipetik, kesibukan rumah tangga dan perniagaan produk kecantikan sudah cukup membuatkannya tidak menang tangan.
Namun, antara punca utama dia lebih senang menyendiri daripada dunia lakonan adalah kerana kritikan melampau netizen.
“Rasa dh bertahun tahun tk masuk paper ?? maklumlah suam2 kuku ?
“Lg elok tk glamour,nk mkn roti canai tepi parit ka tepi jln ka,senang sapa pon tk kenai.. Ni hakak dok diam qernyeh mcm kerang busuk pon ampa kata hakak buat muka..
“Parah dh org melayu kita ni,sembang pasai agama ulama pon kalah,bila bab fitnah mengata org,syaiton pon angkat bendara surrender,” tulisnya.
Showcase Jiwa Kacau 2024 mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menjadi acara pertama yang menghimpunkan seramai 15,000 penonton di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Kejayaan yang dilakar menjadi bukti bahawa konsert anjuran MND Sport & Event Sdn Bhd itu mempunyai tarikan istimewa sejak penganjuran siri pertamanya pada tahun lalu.
Meskipun ramai yang agak skeptikal mengenai venue konsert yang diadakan di atas stadium hoki ini, namun keputusan tersebut dilihat tepat dan tidak merugikan apabila jualan tiket mencatat jumlah pembelian begitu memberansangkan.
Malah, himpunan band terkemuka tanah air seperti Masdo, Insomniacks, Hujan, Bunkface termasuk kumpulan popular dari Indonesia iaitu Nidji berjaya menarik minat ramai terutama dalam kalangan anak muda.
Sijil Pengiktirafan bagi Showcase Jiwa Kacau 2024 disampaikan wakil MBOR, Siti Hajar Johor kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MND Sport & Event Sdn Bhd, Harith Daniel.
Pentas Showcase Jiwa Kacau 2024 terlebih dahulu dibuka dengan persembahan daripada pempengaruh yang kini bergelar penyanyi, Luqman Podolski.
Luqman menyampaikan lima single iaitu Bahaya Kembar, MYVI, Mungkin Aku Tak Penting, Kalau Kau Rindu dan Ring Ring bagi ‘memancing’ tumpuan penonton.
Acara diteruskan dengan persembahan daripada Kugiran Masdo yang menggamatkan suasana stadium dendangan medley La Obe dan Janji Manis, Miss Flower Learn To Twist, Inilan JalanNya, Berduka Lara, Perih Jerih, Dinda, Malam Pesta Rock N Roll serta Berchanda.
Pentas kemudiannya diambil alih band yang dibarisi jejaka tampan iaitu Insomniacks dengan lagu-lagu hits mereka seperti Igauan Malam, Reminisensi, Teman, Kepala Batu, Sempurna dan Pulang.
Suasana di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bertambah gamat saat Nidji muncul di pentas untuk mempersembahkan lagu ‘berhantu’ mereka seperti Lala Song, Disco Lazy Time, Arti Sahabat, Sumpah & Matiku, Wadow, Laskar Pelangi, Biarlah dan Hapus Aku.
Tidak terhenti disitu, energi penonton terus memuncak apabila band popular, Hujan muncul dengan menyampaikan lagu Kotak Hati, Obsesi, Ahmoi Chantek, Lonely Solder Boy, Empayarmu, Bila Aku Sudah Tiada, Pagi Yang Gelap dan Aku Skandal.
Bunkface yang bertindak sebagai kumpulan penutup acara tidak kurang hebat saat mendendangkan lagu Hilang, Malam Ini Kita Yang Punya, medley High School Rockers dan Silly Lily, Rentak Laguku, Panik, Situasi serta Revolusi.
Persembahan mereka turut diserikan lagi dengan persembahan bunga api yang disediakan pihak penganjur.
Showcase Jiwa Kacau 2024 turut menzahirkan solidariti buat penduduk Palestin yang kini berdepen kekejaman rejim Zionis menerusi beberapa slot paparan video khas bagi memperingati kesengsaraan dialami mereka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, model dan pelakon Ahya Ulumuddin Rosli kini sedang menikmati dasa bulan madu bersama isteri, Shahirah.
Bagaimanapun, Ahya baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia telah memuat naik sekeping foto ‘daring’ dengan posing sambil berendam dalam sebuah tab mandi dalam keadaan separa bogel.
“Isteri yang suruh belanja pic ni ? today is wednesdate ?? @slimbellyofficial love u. Banyak sgt surprise,” tulisnya.