Pelakon Amar Baharin mengakui memilih untuk terus fokus dalam kerjaya yang dilakukan sekarang, berbanding memikirkan mengenai soal kecaman atau mencipta ‘marketing viral’ di media sosial.
Menurut Amar,35, dia selesa dengan cara tersebut dan hanya bersembang mengenai isu viral yang berlaku bersama isteri yang juga pelakon, Amyra Rosli di rumah.
“Saya suka buat hal sendiri, tak suka campur hal orang atau nak terjebak dalam benda yang viral. Kalau ada isu pun, kadang-kadang saya hanya bercakap mengenainya bersama isteri saja di rumah.
“Saya bukan jenis suka ekspresikan semua perkara di media sosial. Jadi kalaulah ada orang yang mengecam saya, saya tak kan buat apa-apa pun.
“Nak marah atau maki pada orang yang kecam itu pun, bini saya sajalah yang dengar. Saya tak suka nak dapatkan publisiti yang sedemikian,” katanya.
Amar ditemui pada pelancaran kempen Ramadan Astro, Buka Lembaran Baharu di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Bapa kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan, isu viral yang melibatkan seseorang selebriti biasanya hanya bersifat sementara.
“Kalaulah semua selebriti anggap perkara viral itu perlu, ertinya bahagian yang kata ia ‘tidak perlu’ tu saya sajalah.
“Bagi saya, mereka mungkin akan dapat perhatian bila ada isu viral melibatkan diri mereka, tapi ia mungkin tidak akan bertahan lama,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Amar kini sibuk di lokasi penggambaran drama rantaian 65 episod, Hati Yang Dikhianati, naskhah adaptasi siri telenovela, Mis Tres Hermanas yang cukup popular pada 2000.
“Drama ini bakal bersiaran pada 12 April jam 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat menerusi slot Tiara di Astro Prima. Ia 80 peratus sama dengan cerita asal, tetapi watak kami sedikit berbeza seiring dengan budaya kita.
“Saya pegang watak Santiago (Zuhri Elyas). Drama ini pernah menjadi fenomena sewaktu ia ditayangkan di seluruh dunia. Saya tidak rasa tertekan bila nak bawakan watak tersebut, cuma ia lebih kepada perkongsian bahawa satu ketika dulu ada sebuah drama menarik yang mungkin ada yang tak berkesempatan untuk tonton.
Pelakon dan atlet sukan lasak, Mat Redho akui masih trauma dengan insiden menimpa anak lelakinya yang laporkan hilang di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2) sebelum ditemui selamat selepas tiga jam, baru-baru ini.
Menurut Mat Redho atau nama sebenarnya, Mohd Redha Rozlan dia kini lebih peka tentang persekitaran anak-anaknya lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar.
“Sampai sekarang, saya masih lagi trauma. Mata ini selalu peka dan berjaga-jaga sewaktu mereka pergi ke taman permainan dan pusat membeli belah.
“Saya pasang mata walaupun mereka tidak perasan. Itu cara yang saya perbaiki ketika menjaga anak,” katanya kepada MH.
Mat Redho berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Maskulin Who’s Your Bro di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Katanya lagi, insiden ini juga telah membuka matanya untuk lebih tahu tentang prosedur pihak polis berkaitan orang hilang yang sebelum ini disalah tafsir.
“Kita selalu tengok kejadian orang hilang di dalam filem atau drama, senario yang mereka tunjukkan adalah selepas 24 jam baru boleh buat laporan polis.
“Jadi, kita pun terikut. Sebenarnya perkara itu salah. Kalau kita rasa ragu-ragu atau sudah tak nampak anak dalam masa setengah jam, terus pergi ke balai polis.
“Mereka akan buat hebahan dalaman dan polis-polis ini akan mula mencari. Itu yang pihak polis minta saya maklumkan kepada semua juga,” katanya.
Menceritakan semula mengenai insiden tersebut, Mat Redha akui fikiran bercelaru sepanjang hampir tiga jam anaknya itu hilang.
“15 minit anak hilang dari pandangan ketika di taman permainan pun kita sudah gelabah. Inikan pula hilang tiga jam. Macam-macam perkara saya fikir ketika itu.
“Saya berfikir luar kotak dan mencari anak saya di dalam longkang. Takut terjatuh atau pengsan. Saya juga cari di almari sekolah takut jika ada orang khianat.
“Saya cari juga di dalam tasik di hadapan sekolah. Saya bukan doa perkara yang tidak baik tapi itu inisiatif saya sendiri,” katanya lagi.
Malah, dia juga turut mengalirkan air mata saat anaknya berjaya ditemui oleh pihak polis.
“Bila jumpa, saya menangis. Sejam lebih hilang pun saya sudah nangis. Dalam masa dua jam itu, macam-macam boleh jadi lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
“Ada yang kerat orang untuk ambil organ. Segala boleh berlaku dalam masa yang pantas. Saya takut dan risau,” katanya.
Pada masa, Mat Redho turut berterima kasih kepada pihak polis yang berjaya menemukan anaknya itu dan pengikutnya di media sosial yang turut sama membantu membuat hebahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak memulakan kerjaya sebagai pengacara televisyen pada tahun 2007, hos Malaysia Hari Ini (MHI) dan pembaca berita, Fadzly Fuad, tidak pernah berkecil hati meskipun...