Bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra mendedahkan dia mengalirkan air mata kegembiran dan kesyukuran selepas menerima kiriman mesej positif daripada pengikutnya dari seluruh dunia.
Atas kisah yang berlaku, wanita ini turut mengakui masih ada kebaikan yang ada di dunia ini.
Terdahulu, dia merakam rasa bangga kerana darah Malaysia mengalir dalam tubuh badan permata hatinya, Tengku Ismail Leon Petra.
Berikut merupakan coretan Rihana yang dikongsikan menerusi laman Instagram;
“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua.
“Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua.
“Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan .
“Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!
“P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku,” tulis Rihana panjang lebar.
Terdahulu memetik laporan Awani, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan tersebut berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga.
Sijil perceraian itu dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura.
Sijil perceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.
Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.
Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
Terkini, status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab apabila peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan berkenaan sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.
Foto: Instagram Rihana Oksana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI