Berita

“Hari Ini Kita Meraikan Cinta Sejati…,” – Shasha Abedul Selamat Bertunang

Share

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shasha Abedul yang telah melangsungkan pertunangan dengan lelaki pilihannya pada Sabtu.

Berita gembira tersebut dikongsikan bintang berusia 28 tahun itu melalui sebuah hantaran terbaharu yang dikongsikan di Instagram, semalam.

Titip Dedikasi Indah

“1.11.2025, hari ini kita meraikan cinta sejati, tulus ikhlas, tanpa syarat dan abadi.

“Detik ini menandakan permulaan kepada sebuah perjalanan indah bersama janji untuk menghargai, saling sama-sama menyokong.

“Cinta kita terpancar dalam setiap pandangan, setiap senyuman, dan setiap sentuhan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Doa Yang Terbaik

Shasha bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai identiti lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.

Shasha pada masa sama mengharapkan yang baik-baik terhadap ikatan pertunangan bersama si dia.

“Semoga pertunangan ini menjadi asas kepada sebuah kehidupan yang penuh dengan gelak tawa, kenangan yang tidak berkesudahan, dan hubungan yang paling mendalam.

“Ini untuk masa depan yang secerah dan secantik cinta kita untuk satu sama lain,” coretnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti tumpang gembira dengan pengumuman yang dikongsikan sekaligus menitipkan doa serta ucapan tahniah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH