“Hari Ini Perasaan Berdebar-Debar…,” – Akhirnya! Shuib & Watie Selamat Bertunang

Share

Dibalas Tahniah diucapkan buat usawahan dan penyampai radio, Shuib yang telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pasangan pilihannya, Watie Hanifiah tengahari tadi.

Majlis yang berlangsung di kediaman keluarga Watie di Shah Alam itu hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, petik Gempak.

Pihak lelaki menghantar tiga dulang hantaran berupa manisan, kasut dan sirih junjung dibalas dengan lima dulang hantaran dari pihak Watie iaitu sirih junjung, buah-buahan, sampin, kasut dan manisan pada majlis tersebut.

Sebelum ini, Shuib menamatkan teka-teki mengenai hubungannya bersama wanita berkenaan apabila memaklumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada Jun depan.

Pasangan itu dijangka bakal diijabkabulkan pada 23 Jun 2023.

Shuib menerusi temu bual hantaran di Instagram Gempak turut berkongsi perasaan serta harapannya menuju hari bahagia.

Untuk rekod, menerusi perkahwinan Shuib dan arwah Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber: Gempak

Published by
MH