Penyanyi, Farawahida tampil mendedahkan dirinya sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Zulkifli dengan sekali lafaz, hari ini.

Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Tanpamu ini memaklumkan, majlis dilangsungkan di Masjid Daerah Taiping, Perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FARAWAHIDA (@realfarawahida)

“BISMILLAH. 19 mac 2021. Alhamdullilah, hari ni saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping.

Ads

“Mohon kawan² yg saya kasihi, doakan semoga kebahagian ini sampai hingga ke Jannah, Amiin,” tulisnya menerusi satu hantaran terkini di Instagram.

Dia pada masa akan menjelaskan mengenai butiran perkahwinannya secara terperinci selepas majlis selesai.

“Untuk rakan-rakan media yg saya hormati majlis masih lagi berlangsung, segala statement akan diberi setelah majlis selesai. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Ads

Sebelum itu, Farawahida memuat naik mengenai majlis pertunangannya di Insta Story, sekali gus menjawab teka-teki rumah tangga yang dibina sebelum ini sudah berakhir.

Dia yang menggayakan persalinan sedondon berwarna coklat cair bersama seorang lelaki duduk di atas pelamin dengan kapsyen ‘tunang’.

Ads

Bagaimanapun, wajah lelaki tersebut ditutup dengan jambangan bunga tangan.

Farawahida menerusi media sosial turut memuat naik kembali ucapan tahniah serta ucapan dedikasi sempena ulang tahun kelahiran dari peminat serta kenalan.

Untuk rekod, Farawahida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd Zain di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI