“Hari ini saya diuji, abang saya pula pergi mengadap Illahi.” Luahan reda bercampur emosi itu diluahkan Ali Puteh yang juga adik kepada pelawak terkenal, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Dipetik menerusi IG TV Awani, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan bagaimanapun percaya dengan segala perancangan Yang Maha Esa dan perlu tenang berdepan dengan dugaan.
“Saya tak mampu sebenarnya untuk tahan benda ni sampai kadang-kadang saya termenung fikirkan nasib hidup. Tapi saya percaya dengan qada dan qadar, perancanganNya yang sangat hebat.
“Macam mana pun saya kena tenang, kena tahan, kena segala-galanya. Cuma selepas ini tiada lagi istilah abang dalam hidup saya.
“Saya dalam industri ini akan bertanya dengan dia, tetapi selepas ini tak ada abang saya dah dalam industri. Saya kena bergerak sendiri untuk terus berada dalam industri,” jelasnya.
Ditanya mengenai apakah hasrat yang ingin dilakukan bersama Abam, Ali menambah sepatutnya mereka bekerjasama di dalam sebuah program masakan dan merancang untuk mulakan penggambaran selepas Syawal.
Ads
“Sebenarnya saya ada perancangan menerusi sebuah program bersama arwah. Kita rancang selepas raya akan mulakan penggambaran, sebuah rancangan masakan. Tapi tidak kesampaian. Satu kerjasama dengannya balik, tapi benda itu tidak akan jadi.
“Kalau saya diberi peluang pun saya tak mahu buat sebabnya saya yang merancang bersamanya. Tiada yang boleh gantikan dia dalam hidup saya,” kata Ali yang turut akui pada fasa ini, dia sekeluarga perlu tenangkan ibu tercinta.
“Saya perlu tenteramkan mak kerana dalam keadaan sekarang dia pun masih sakit, masih tidak sihat. Saya tidak tahu apa yang akan jadi selepas ini, tetapi saya akan jaga mak saya macam mana dia jaga. Arwah anak yang baik.
Ads
“Kalau tengok hari ni ramai yang datang. Saya tahu ramai yang sayang dia. Macam yang dia pernah cakap pada saya, kalau kita baik Ali semua orang sayang kita. Tak pernah dia bergaduh dengan siapa-siapa, tak pernah susahkan orang.
“Hari ini terbukti penuh dalam masjid ni, datang nak tengok dia. Itu yang saya tahu dia sangat hebat dalam hidup saya,” tutur Ali dalam nada sebak.
Terdahulu, Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini mencecah usia 5 bulan.
Ads
Menurut Awani, arwah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu sekitar jam pukul 7.30 malam.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada menyuarakan pendapat mengenai ilmu pengetahuan.
Mawar yang kini sudah menceburi dunia perniagaan kosmetik berkata menerusi Instagram, adalah sangat penting untuk menimba ilmu, tidak kira apa jua bidang diceburi.
“KITE KENE CARI ILMU MACAM KITA KENE MANDI!! KENAPA MACAM MANDI?”
“Kalau kita x mandi, lama2 nantikan akan jd busukTAPI, Kalau kita mandi, baru la kita rasa FRESH, RASA WANGI, and rasa BERSEMANGAT. Betul tak?
“Sama macam ilmu, kita kene sentiasa mencari, and kalau nak repeat belajar ilmu sama, EVEN BETTER! Sebab apa yg kite blajar hritu, belum tentu kita dapat 100% kan?
“And bila kita BELAJAR, SEMANGAT TU AKAN JDI LAIN MACAM TAU. SEBAB DENGAN ILMU NI LAH YANG AKAN MEMBAWA KITE MENCAPAI MATLAMAT KITA! And belajar lah banyak2 please.
“Baru la ILMU kita akan FRESH, nak deliver ILMU pun jadi lebih BERSEMANGAT,” katanya.
Terdahulu, Mawar dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.
Pasangan ini juga dijangka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tergerak hati memiliki basikal sendiri tatkala melihat rakan sekeliling aktif berbasikal, pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat mulai fokus dengan hobi barunya.
Namun awalnya, bapa kepada seorang cahaya mata ini terkedu melihat harga sebuah basikal yang dikatakan lebih mahal daripada motosikal popular masa kini, Ysuku.
Pada masa sama, katanya ketika pertama kali kayuhan, dia tidak menyangka aktiviti ini memerlukan tenaga dan stamina kuat.
“Bila semua org naik beskal, aku pun tergerak hati nak beli ka setan ni? Mahai ooo lagi mahai berkali ganda dari ysuku atau ysetengah modipai 3 kali pun tak sama harga, selepas setahun aku research puas puas, aku pun kumpoi tabung babi aku di sembelih keluarlah anak syaiton bernama Ridley Noah SL dari @t.w.o.premiumbikestore.
“Lepas tu aku pun kayuh lah dgn geng geng artisan, agak meyumpah lah awat penat nak mampoih main beskal ni, aku main moto sepang pun tak penat macam ni, tetapi!!!!” jelasnya.
Namun, selepas beberapa kali, dia kini memahami kenderaan ini cukup menggamit memori. Segala zaman kanak-kanak terimbau kembali sewaktu mengayuh.
“Setelah beberapa kali ride, baru aku faham.. kenderaan pertama setiap lelaki atau wanita adalah basikal kita belajar dulu.. betui kata syuk @shukriyahaya .. bila hang ride menatang ni, semua memori hang atas basikal masa kanak kanak macam flash dalam otak hang,” tulisnya lagi.
Malah, aktiviti ini dapat membuatkan minda lebih tenang dan badan lebih sihat.
“Ride buat kita tenang dan lebih fit.. bukan isap fit tau.. jadi jgn dok gatai isap dadah pulak celaka oi.. jadi apa pun selamat berkerja kepada semua bapak bapak macam aku.. hehee.. ok tata.. #Ridley#anakantooselamanya,” ulasnya panjang lebar.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Allahyarham bapanya yang ke-65, pelakon jelita Fazura ada menitipkan ucapan teristimewa buat arwah bapanya, Sharifuddin Adnan.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, bintang berusia 37 tahun ini turut berkongsi sekeping foto bermakna mereka berdua.
Kasih seorang anak kepada bapanya yang tiada hujungnya, inu kepada cahaya mata ini turut menzahirkan rasa sayang dan rindu terhadap arwah.
“Dearest Papa, you would have been 65 today and I bet you’d look so handsome with that everlasting smile on your face.
“22 years gone but your strength and love stays strong within me. I love you so much and I miss you terribly. Al Fatihah.. Sharifuddin bin Adnan.#PapasGirlForever,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa buat bapa kepada bintang yang disayangi ramai itu.
“Innalillahwainnailaihirojiun, semoga arwah papa di cucuri rahmat kasih syg Allah. Aamin,” tulis seorang peminat.
“Al Fatihah..semoga ditempatkan dikalangan para solihin,” doa seorang peminat yang lain.
“Al fatihah for ur papa g. M sure he is very proud of u,” titip peminat di ruangan komen entri tersebut.
Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz, mengesahkan dirinya bakal melangsungkan perkahwinan tahun ini.
Bagaimanapun, Aisyah atau nama sebenarnya, Nur Aishah Aziz, 30, memilih untuk tidak berkongsi...