Pelawak Shuib Sepahtu yang akhirnya dapat membawa pulang anak bongsu, Ayash Affan ke rumah berkongsi perasaannya yang berbaur-baur.
Ayash Affan yang dilahirkan secara pramatang sebelum ini, lebih sebulan menerima rawatan dan pemantaua di hospital.
Sambil berkongsi kegembiraan kerana kehadiran Ayash selang sehari dengan ulang tahun kelahiran Allahyarham Siti Sarah, Shuib pada masa sama terasa janggal kerana membawa pulang bayi yang baru dilahirkan tanpa arwah isteri di sisi.
“Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Hadiah Hari Jadi Ibu Besok 15/9, Allah hadiahkan kepulangan AYASH AFFAN hari ini. Syukur Ya Allah. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan AYASH,” jelasnya.
Perkara tersebut dikongsikan bapa kepada empat cahaya mata itu menerusi Insta Stories pada Selasa.
Shuib bagaimanapun masih belum berkongsi foto penuh wajah anak bongsunya itu.
“Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga, hari ini balik berdua. InsyaAllah Allah Maha Mengetahui segala. Uwais, Talita, Matin Daddy dah on the way,” tulisnya lagi sambil berkongsi jadual susu yang perlu diberikan buat permata hatinya itu.
Shuib turut menggambarkan tangan dan jari bayinya itu saling tak tumpah serta mengingatkan dia kepada Sarah, yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu.
“Allahuakbar. Tangan, jari ‘sebijik’ tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini. Terima kasih semua. Syukur ya Allah atas rahmat-Mu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Ayash selamat dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara pembedahan selepas Siti Sarah ditidurkan akibat Covid-19.
Selain Ayash, pasangan ini turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Foto: Instagram Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Discan, Ada Uri Di Bahagian Atas Rahim,” – Dr.Say Shazril Sambung Kisah ‘Bleeding’ Isteri Hamil, Menangis Bila Dengar ‘Pra-Matang’
Selepas berkongsi mengenai pendarahan yang dialami isteri meski baru hamil 27 minggu dua hari lalu, doktor viral, Say Shazril ada berkongsi bahagian kedua mengenai topik ‘Nak Mengandung Susah, Dah Mengandung Pun Bukan Mudah’ di Instagram.
Menerusi entri terkininya itu, Say memaklumkan isterinya, Dr. Azura Abas dikenal pasti mengalami pendarahan pada bahagian pangkal rahim selepas proses spekulum dijalankan.
Malah apabila diperiksa, turut dikesan uri di bahagian atas rahim isterinya.
“Setibanya kami di PAC, spekulum dilakukan kpd bini & didapati ade pendarahan pd pangkal rahim (cervical erosion/ectropion) & bile di scan, uri ade di bahagian atas rahim.
“Kami menarik nafas lega sb condition ni xbrapa serius & paling lega sb bini x kena admit ward. Kami dibenarkan pulang tanpa diberi apa2 suntikan atau ubat-ubatan. Maka dgn suka hatinya kami berangkat bercuti ke New Zealand dgn hati yg girang gembira,” tulisnya sebagai sambungan situasi yang berlaku pada posting terdahulu.
Pada masa sama, Say turut merakam kisah yang berlaku saat dia bersama keluarga bercuti selama 10 hari di New Zealand.
“10 hari di NZ, almost selang sehari bini bleeding. Tp seperti biasa kami berfikiran positif, “alah biasela tu hun, kite jalan banyak arini, sb tu bleeding bnyk skit”.
“Kami rahsiakan drpd parents sy yg turut ikut ke NZ sb xnk kne admit kt sane & merosakkan percutian kami. Setibanya di Msia, bleeding masih banyak, bini kembali risau, sy kembali tertanya2 “takkan cervical erosion buat bleeding non stop sampai lama cmni?”
“Kami pergi balik PAC, kali ni bila di spekulum xnmpk dh cervical erosion & bile di scan, baby masih actively gerak like nothing happened pdhl mami & dedi dia kt luaq risau gegila. Doktor decide tuk admit for observation sebagai indeterminate antepartum hemorrhage (tidak dapat ditentukan punca pendarahan),” kongsi Say.
Lalu, Azura diberijan dua suntikan bagi tujuan mematangkan paru-paru bayi andai dilahirkan secara pra-matang.
“Bini diberikan 2 suntikan im dexa bagi mematangkan paru2 baby sekiranya baby keluar pra matang. Dengar perkataan “pra matang” tu berlinang lagi air mata bini, kali ni air mata suami turut berlinang peeps.
“Dari mana datang bleeding ni, awat xbenti2? Part 3 sy conclude kan k peeps?,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Foto: Instagram Dr.Say Shazril
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boyfriend Confirmlah Takde, Pergi Pasar Malam Pun Kena Perli,” – Sabar Berdiet, Perkongsian Penyanyi Liya AF Jadi Inspirasi
Dia merupakan individu yang sama namun kalau dilihat kini, ia nyata dua penampilan yang cukup berbeza.
Penyanyi, Liya atau nama sebenarnya, Lydia Iryani binti Mohamed Khairul menyatakan dia sering menjadi mangsa ejekan di sekolah gara-gara berat badan.
Malah, bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat ini meluahkan, tahap keyakinannya berada pada paras paling rendah kerana sering dijadikan sasaran ejekan rakan.
“Gambar 1st tu, masa sekolah menengah.. hari2 kena ejek kt sekolah dengan senior lelaki tapi konon2 tak kisah time tu padahal dlm hati dh nangis cam air terjun.
“Jadinya self esteem mmg low gila time tu.. boyfriend..??? confirm laa tak de.. gi pasar malam pun kena perli2 time tu..soo, bila dh dok kena ejek,maka gigih laa liya nak diet bagai,” kongsinya.
Malah, bintang ini turut berkongsi satu situasi yang pernah dialaminya.
“Ada la sorg mamat ni yg sebelum tu tak pernah langsung tegur liya, walaupun dok semeja dengan 2 3 org lain, dia akan tegur semua org kecuali liya.
“Pandang pun tak nak okayyyyy..then tetiba lepas sekian lama tak jumpa, bila jumpa balik, dan dan laa tanya khabar,lama tak jumpa la,sihat ke tidak la. masa tu memang sorry la nak layan,” luah Liya.
Namun, kata-kata hinaan yang diterima menjadi penguat semangat untuknya berubah dan mula menurunkan berat badan.
“Kata2 semangat yg menyakitkan hati masa nak diet dulu
“Maid: beli krim itu ini nak kurus tapi makannya tak nak control,CONFIRM tak turun.
“Arwah Daddy: if you dont lose weight, you will get sick & look old & its very unhealthy for your life in the future.
“Childhood Friend: you should lose weight babe.be like me,eat healthy..sampai bila u nk kena ejek.. do something.. Lepas lose weight.
“Arwah daddy: what happen to you? Are you sick? Eat something..you lost too much weight..very dangerous.. ( pulakkk ).
“Childhood friend : weh..u lost too much weight ni.. your knees are smaller than mine..what did you do,” luahnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Liya Banks (@liyabanks85) on
Foto : Instagram Liya AF
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akim, Hazama, Black & Tomok ; 4 Vokalis Lelaki Dalam 1 Lagu – “Benda Susah Jadi Menarik Sebab…”
‘Empat penyanyi dengan empat karakter vokal yang berbeza bergabung, memang meletup!’ Itu yang dapat digambarkan menerusi kerjasama terbaharu dari empat penyanyi iaitu Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah dan Tomok.
Impian untuk menyaksikan gabungan mereka beraksi dalam persembahan konsert masih belum terlaksana ekoran penangguhan konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April lalu di Istana Budaya akibat penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, menerusi perkembangan terkini setakat ini, konsert tersebut dijadualkan akan berlangsung bulan depan pada 11 dan 12 Disember depan.
Mengikut perancangan, Akim, Hazama, Black dan Tomok bakal menyanyikan sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk dipersembahkan pada konsert berkenaan.
Sudah pun dilancarkan, single berjudul “Suara Licik” hasil ciptaan Taja dan lirik oleh Ana Raffali itu disifatkan sebagai unik, bagi Akim.
“Rakaman lagu ini sangat unik. Melodi dan lirik lagu ini sangat bagus. Saya amat gembira dapat menyanyi dan merakam lagu ini bersama tiga rakan lain.
“Kebetulan ketika itu kami nak ada konsert, jadi perlukan satu lagu baru yang dinyanyikan bersama.
“Jadi karya ini sangat menarik untuk kami persembahkan kepada peminat.
“Diakui, merakamkan sebuah lagu bersama Hazama, Black dan Tomok memberi pengalaman luar biasa sebab masing-masing ada karakter dan keunikan suara tersendiri.
“Mereka semua penyanyi yang bagus. Sejujurnya, saya teruja bekerjasama dengan mereka dalam projek ini.
“Apabila bekerja dengan kawan-kawan, kita tak ‘stress’ kerana masing-masing berikan kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain.
“Malah, kami cuba memberikan yang terbaik dalam sesi rakaman,” katanya yang turut berharap ia akan mendapat sambutan baik pendengar.
Pada masa sama, Black turut akui gembira dapat bekerjasama dengan Akim, Tomok dan Hazama.
“Perasaan sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan sahabat yang sama-sama suatu ketika dahulu membina nama dalam industri.
“Komitmen dan semangat yang diberikan mereka bertiga menunjukkan yang mereka juga berasa tidak sabar untuk lagu ini diputarkan. Malah, tidak sabar nak dipersembahkan secara langsung pada konsert.
“Alhamdulillah, kami sudah pun mendapat tarikh baru konsert yang tertunda ini. Insya Allah, kalau tiada aral melintang 11 dan 12 Disember akan berlangsung konsert 4G’s,” katanya lagi.
Manakala bagi Tomok pula, bekerjasama dalam lagu bersama tiga rakan penyanyi lain buat pertama kali menjadi sesuatu yang menarik dan istimewa.
“Alhamdulillah, lagu ini sangat istimewa sebab saya rasa ini pertama kali kami digabungkan bersama dalam satu lagu. Sebenarnya, bergandingan dengan semua sahabat saya ini satu perkara yang sangat menarik.
“Benda susah jadi menarik sebab kami tolong antara satu sama lain.
“Jadi, hasilnya menarik sebab semua kawan-kawan dalam ini. Sepatutnya, lagu kami dipersembahkan pada konsert tempoh hari, tapi disebabkan Covid-19 terbatal namun ia tak mematahkan semangat kami untuk teruskan konsert itu.
“Pada malam konsert itu nanti, kami akan persembahkan kepada semua. Saya sangat ‘looking forward’ pada lagu ini supaya ia diterima dan dekat di hati peminat. Saya harap lagu ini dapat sokongan semua,” katanya lagi.
Sementara itu, Hazama menyifatkan kerjasama dengan Akim, Tomok dan Black istimewa kerana mereka saling memberi tunjuk ajar.
“Pengalaman bersama mereka bukan sahaja dalam lagu ini malah semasa kami bersama-sama di dalam industri. Ketiga mereka ini banyak memberi tunjuk ajar serta boleh menerima pandangan antara pihak yang lain.
“Mereka tidak kedekut memberi ilmu serta memberikan komitmen yang sangat tinggi sewaktu merakamkan lagu ini. Kami juga bukan sahaja sahabat dalam indusri malah sangat rapat di luar pentas,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI