“Hari Jadi Ibu, Allah Hadiahkan Kepulangan Ayash Affan,” – Bayi Dah Balik Rumah, Shuib Jelas Tangan & Jari ‘Sebijik’ Arwah Sarah

Share

Pelawak Shuib Sepahtu yang akhirnya dapat membawa pulang anak bongsu, Ayash Affan ke rumah berkongsi perasaannya yang berbaur-baur.

Ayash Affan yang dilahirkan secara pramatang sebelum ini, lebih sebulan menerima rawatan dan pemantaua  di hospital.

Sambil berkongsi kegembiraan kerana kehadiran Ayash selang sehari dengan ulang tahun kelahiran Allahyarham Siti Sarah, Shuib pada masa sama terasa janggal kerana membawa pulang bayi yang baru dilahirkan tanpa arwah isteri di sisi.

“Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Hadiah Hari Jadi Ibu Besok 15/9, Allah hadiahkan kepulangan AYASH AFFAN hari ini. Syukur Ya Allah. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan AYASH,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsikan bapa kepada empat cahaya mata itu menerusi Insta Stories pada Selasa.

Shuib bagaimanapun masih belum berkongsi foto penuh wajah anak bongsunya itu.

“Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga, hari ini balik berdua. InsyaAllah Allah Maha Mengetahui segala. Uwais, Talita, Matin Daddy dah on the way,” tulisnya lagi sambil berkongsi jadual susu yang perlu diberikan buat permata hatinya itu.

Shuib turut menggambarkan tangan dan jari bayinya itu saling tak tumpah serta mengingatkan dia kepada Sarah, yang meninggal dunia pada 9 Ogos lalu.

“Allahuakbar. Tangan, jari ‘sebijik’ tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini. Terima kasih semua. Syukur ya Allah atas rahmat-Mu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Ayash selamat dilahirkan pada 6 Ogos lalu secara pembedahan selepas Siti Sarah ditidurkan akibat Covid-19.

Selain Ayash, pasangan ini turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Foto: Instagram Shuib

Published by
MH