Pelakon dan pengacara popular, Datuk AC Mizal membuat kejutan dengan menghadiahi anak lelakinyanya, Reeve Damien sebuah kereta baharu jenis Mercedes-Benz bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18 tahun.
Menurut AC, meskipun sudah bertambah usia, dia dan isteri akan tetap memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak lelakinya yang juga merupakan penyanyi baharu itu.
“Selamat hari lahir yang ke 18 buat anakku Reeve Damien daripada mummy, daddy dan Fea Eryssa. Tidak kiralah berapa umur kamu, kamu akan sentiasa menjadi putera kami.
“Terima kasih kepada King Merc kerana menguruskan segalanya dan membuatkan anak saya gembira,” tulisnya.
Video kejutan itu turut dikongsikan oleh pengacara program, The Mask Singer Malaysia itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Reeve dilihat amat teruja saat meneria hadiah pemberian daripada kedua ibu bapanya itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Reeve.
“Wow, hebatnya! Happy birthday,” komen penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah
“Wah, alamdulillah! Anak yang baik. Jaga mummy dan daddy ye,” balas pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Ads
“Alhamdulillah rezeki sekeluarga. Semoga rezeki terus melimpah ruah buat Datuk dan Datin,” kata pelakon senior, Fauziah Nawi.
“Benda baik itu lebih baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga anda sendiri.”
Demikian kata pelakon Puteri Sarah Liyana dipercayai susulan tindakan suaminya, Syamsul Yusuf yang mahu mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurut Puteri Sarah, ini masa sesuai untuk Syamsul mengaku gosip sebagaimana didakwa jika benar.
“Jadi betullah gosip itu? Ok mengaku sajalah kan. Inilah masanya untuk anda mengaku segalanya,” tulisnya.
Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu di dalam satu hantaran di Instagram Story.
Pelakon Aku Seorang Perempuan ini turut mempersoalkan mengapa berita terbabit tiba-tiba boleh muncul sehingga perlu saman menyaman.
“Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman. Untuk apa?,” katanya lagi.
Terdahulu Syamsul tampil membuat kenyataan mahu menyaman Jawi berjumlah RM10 juta susulan badan terbabit didakwa membongkar maklumat peribadi yang dianggap sebagai satu fitnah.
Dipercayai dokumen itu mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izara Aisyah, 27, telah berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Meski tidak menghebahkan mengenai perkara itu, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang turut berada di Mekah bagi tujuan sama telah pun bersua dengan bintang berkenaan dan mereka kemudiannya turut merakam foto bersama.
Sambil memuji penampilan bintang drama Ombak Rindu The Series terbabit, pertemuan mereka turut dikongsikan oleh ibu beranak satu itu menerusi entri terkininya di Instagram.
“Look who’s here in Medina. Mummy to be @izaraaishahofficial la. Masyallah cantik preggy mummy ni walau mengandung 6 bulan.
“Nampak macam tak mengandung kan? Fya mengandung 6 bulan nak masuk pintu pun tak muat. U ols agak la anak die girl ke boy?,” tulisnya di ruangan kaspyen lalu mendapat komen pelbagai dari para peminat.
Rata-ratanya memuji penampilan keduanya selain yang mendoakan agar mereka terus istiqamah.
Pada masa sama, ada juga peminat yang memuji Izara kerana berangkat ke tanah suci dalam diam, tidak berkongsi di media sosial. Difahamkan, turut sama menemaninya ialah ialah suami tersayang.
Semoga ibadah keduanya dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur.
Terdahulu, Izara melangsungkan perkahwinan dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid lebih tiga tahun lalu dan pasangan ini bakal menimang cahaya mata April depan.
Foto: Instagram Lufya Omar, Izara Aisyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited...