“Hari Ke-4 Kat Hospital…,” – Anak Bongsu Demam Denggi, Nabil Ahmad Mohon Titipkan Doa

Share

Pelawak dan hos terkenal, Nabil Ahmad memaklumkan anak ketiganya, Mishall Amani yang telah diserang demam denggi, sejak beberapa hari lalu.

Hos program Gegar Vaganza berusia 37 tahun ini berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Sambil meminta ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga, Nabil turut memohon ramai untuk mendoakan kesihatan anak perempuannya seperti sedia kala.

“Asalamualaikum! Hari ke 4 mishall kat hospital, DENGGI! Jaga-jaga yea guys and doakan untuk Mishall yeaa,” tulisnya.

Lalu, perkongsian yang dibuat turut mendapat perhatian daripada peminat.

Apa yang mendoakan kesejahteraan anaknya dan tidak kurang yang turut berkongsi pelbagai petua meredakan demam denggi yang dialami.

Sekadar informasi, Nabil mendirikan rumah tangga bersama Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub pada 30 September 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga anak, iaitu Naera Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Foto: Instagram Nabil Ahmad

Published by
MH