Baru-baru ini pelakon dan penerbit, Sheila Rusly telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-23 bersama suami, Azman Hj Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo.

Menariknya, ulang tahun perkahwinan pasangan ini telah menyambut di ibu negara Indonesia, di Jakarta.

Oleh itu, pelakon yang berusia 47 tahun itu telah berkongsi beberapa keping gambar ketika menyambut ulang tahun perkahwinan yang sangat manis itu di akaun Instagram miliknya.

“Hari ke2 anniversary tapi dia asyik nak kiss kita.. waduhhhh.. penuh semut kota Jakarta.. #anniversarygetaway #jakarta#sentiasabersyukur #alhamdulillah”tulisnya.

IKLAN

IKLAN

Lantas, perkongsian Sheila itu telah menjadi perhatian peminat apabila melihat kemesraan pasangan ini yang kelihatan sangat romatis.

Lalu, peminat telah mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada Sheila dan suami.

IKLAN

“Hari Kedua Anniversary Tapi Dia Asyik Nak Kiss Kita,”- Kata Sheila Rusly, ‘Bersemut’ Kota Jakarta Gara-Gara Tok Sidang

Untuk rekod, Sheila dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 1996 dan perkahwinan mereka telah mencecah usia 23 tahun.

Foto : Instagram Sheila Rusly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI