Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu menyifatkan sambutan hari lahirnya yang ke-37 pada tahun ini disifatkan amat berbeza terutamanya selepas ketiadaan isterinya yang juga merupakan penyanyi Allahyarham Siti Sarah.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, kebiasaanya, dia akan meraikan hari istimewa itu bersama isterinya memandangkan tarikh lahir mereka hanya berselang tiga hari sahaja.
Katanya lagi, meskipun suasananya agak berbeza, namun, dia tetap ingin merasakan tarikh tersebut sebagai hari yang sangat luar biasa.
View this post on Instagram
“Tahun ni tiada sambutan Hari lahir bersama. 12 Sept/15 Sept 1984
37 tahun yang tersangat luar biasa untuk SHAHMIRA BIN MUHAMAD.
“ALHAMDULILLAH SYUKUR DIATAS SEGALA RAHMAT DAN NIKMAT,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas anggota kumpulan lawak, Sepahtu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Shuib turut dilihat berkongsinya menyambut hari lahirnya itu bersama anak-anak ketika mereka sedang berkhelah di sebuah sungai.
Dalam pada itu, Shuib turut meluahkan rasa syukur diatas nikmat yang telah dikurniakan kepadanya selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.
“Selamat hari lahir Shahmira. Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki kasih sayang kepada anak-anak.
“Happy birthday Ib. Semoga kau terus sukses dunia akhirat.
“Happy birthday Ib. Semoga terus di beri kekuatan, dilimpahkan rezeki dan berbahagia selalu.
“Allah…lusa birthday arwah ye? Semoga dirahmati oleh Allah.
“Selamat ulang tahun Shuib Sepahtu. Semoga Allah permudahkan urusan menjadi ibu bapa,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Allahyarham Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Sumber: Instagram Shuib Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI