Pelakon Nur Fazura mengisi hujung minggu bersama permata hatinya, Nur Fatima Aisya yang kini mencecah usia lebih 10 bulan.
Sambil berkongsi beberapa foto kandid yang dirakam suami yang juga pelakon, Fattah Amin, Fazura pada masa sama berkongsi kecenderungan anaknya yang gemar mendengar azan.
Malah jelasnya lagi, Fattah turut mengambil inisiatif dengan memperdengarkan laungan azan dari Makkah di YouTube buat anak tersayang.
Perkara tersebut dikongsikan Fazura menerusi satu hantaran Instagram yang dikemas kini.
“Hari minggu yang selalu dinanti bila dapat peluang spend time dengan Fatima. Memang dia akan melekat macam ni je selalunya.
“Pastu dia paling suka dengar azan. Kalau dah habis, daddy akan pasang azan dari Makkah kat YouTube and dia akan khusyuk tak bergerak macam ni.
“Gambar terakhir tu dia tengah berdoa. Maybe untuk kita semua supaya terus kekal bertabah,” tulisnya pada ruangan ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan pelbagai reaksi seterusnya mendoakan yang baik-baik buat Fazura sekeluarga.
Untuk info, Fatima dilahirkan pada 2 Oktober 2020.
Foto: Instagram Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tali Pusat Terbelit Dua Kali, Ubat Bius Lambat ‘Kick’, Antara Pengalaman Mendebarkan Isteri Hafizul Kamal Bersalin Anak Kedua
Isteri kepada pelakon dan pengacara Hafizul Kamal iaitu Nurul Fariza Ibrahim akui pengalaman bersalin anak kedua agak mendebarkan.
Fariza atau mesra disapa Mieja berkongsi pengalamannya saat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Sara Erina.
“Second time c-section. Extra menggigil masuk OT compared to the previous one. Masa nak cucuk bius lagi lah gigil hahaha rasa sejuk sangat! Ubat bius kali ni pun lambat kick 😂 masa Raisya dulu after 2 mins dh tak rasa apa dah.
“Admit hospital pukul 6am, 10th december. Operation on 8am. Before that nurse ckp delay sebab ada nk operate orang lain dulu pastu kita cam okay chill la sbb delay kan tup tup nurse masuk bilik cakap dh boleh get ready utk masuk OT. Cuak dia lain macammmmm sbb tadi otak dah set delay,” kongsinya.
Malah, Mieja turut berdepan dengan situasi yang mencemaskan apabila tali pusat anaknya terbelit sebanyak dua kali ketika pembedahan dijalankan.
“8.34 am selamat lahirkan baby alhamdulillah walaupun masa nak keluarkan baby, tali pusat dia pulak terbelit dua kali. Kita yang dengar ni lagi lah berdebarrrrrr but alhamdulillah semua selamat,”kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Mieja turut meluahkan rasa syukur apabila proses bersalin berjalan lancar.
“Thank you for all your wishes! Syukur recovery kali ni pun cepat macam masa Raisya dulu. Makan telur rebus haha after a week dah rasa sihat banyak. Nak bangun pun tak sakit macam day 1-5. Harini dah boleh teman Raisya makan. Seminggu jugak dia refuse to eat proper food! Harini mummy order pasta bolognese, berselera dia makan yayyy
“Btw haritu bercita-cita nak cantik cam Wawa masa bersalin. Harapan jelah sebab tak fikir dah pasal makeup hahahaha. Oh ya, pantang day 8 & long long long way to go Mieja,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by NURUL FARIZA IBRAHIM (@mieja_ibrahim) on
Terdahulu, Mieja dan Hafizul yang merupakan pelakon filem Paskal telah mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda, 2 tahun dan Sara Erina yang dilahirkan pada 10 Disember lalu.
View this post on InstagramA post shared by NURUL FARIZA IBRAHIM (@mieja_ibrahim) on
View this post on InstagramA post shared by NURUL FARIZA IBRAHIM (@mieja_ibrahim) on
View this post on InstagramA post shared by NURUL FARIZA IBRAHIM (@mieja_ibrahim) on
Foto : Instagram Mieja Ibrahim, Hafizul Kamal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Konsert Dangdut Skala Mega Ditunda Ke 25 November, Hormati Sambutan Maulidur Rasul
Demi menghormati sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini, ditunda ke satu tarikh baharu.
Masih mengekalkan Stadium Malawati Shah Alam sebagai venue konsert, penganjur telah memilih 25 November 2023 sebagai tarikh baharu selepas mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan bersama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan perkara ini.
Pihak penganjur, Mission Sight Sdn Bhd menghargai pandangan dan nasihat dari pihak atasan Majlis Bandaraya Shah Alam tentang perkara ini.
Pengarah Urusannya, Jeffri Yaacob berkata, sudah menjadi tanggung jawab penganjur agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan dapat menjaga keharmonian semua pihak.
“Diharap dengan penundaan Konsert Milenia ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton untuk sama-sama memeriahkan acara ini bersama-sama dengan kami.
“Tambahan lagi, kami juga bercadang untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023.
“Pihak kami sedang merangka strategi untuk menyediakan pelbagai acara yang dibarisi oleh selebriti, TikTokers dan usahawan tempatan.
“Justeru itu, kami berbesar hati ingin mempelawa TikTokers, vendor-vendor makanan atau produk viral tempatan termasuk Indonesia untuk menyertai festival ini.
“Ia secara tidak langsung dapat mencapai objektif kami untuk mengukuhkan kerjasama di antara dua negara iaitu, Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Dalam pada itu Jeffri berharap agar penundaan tarikh konsert ini juga dapat memberi peluang pemasaran lebih meluas kepada Konsert Milenia.
“Kami juga berharap agar dapat menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke negara ini. Siapa tahu Konsert Milenia dimasukkan ke dalam itinerari percutian hujung tahun mereka,” katanya.
Terdahulu, konsert ini menjadi tular kerana dinamakan sebagai ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’, telah mengundang persepsi negatif segelintir masyarakat.
Prihatin dengan isu tersebut, penganjur telah melakukan penjenamaan semula dengan menukarnya kepada ‘Konsert Milenia’, yang dilihat lebih universal sekaligus menghapuskan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat.
“Kami sedar genre dangdut sering mengundang persepsi negatif sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat disebabkan tarian gelek dan aksi seksi yang dianggap mencolok mata dan lucah.
“Persepsi sedemikian timbul mungkin disebabkan orang kita sudah terbiasa disajikan dengan persembahan dangdut dan gelek di Indonesia. Di Malaysia, kita ada garis panduan yang perlu dipatuhi dan segala terma serta syarat penganjuran konsert Milenia ini telah ditapis oleh 14 agensi di bawah PUSPAL.
“Garis panduan yang disediakan juga tegas iaitu, tidak membenarkan para artis yang membuat persembahan mengenakan pakaian seksi dan terdedah, persembahan tidak menonjolkan unsur-unsur lucah seperti bergelek berlebihan dan mencolok mata serta yang boleh memberi impak negatif,” katanya.
Objektif penganjuran konsert ini adalah untuk memartabatkan muzik dangdut di Malaysia yang selama ini dipandang sebagai genre muzik kelas kedua.
DJ Dugem popular iaitu, DJ ACE dan DJ Bob Arjuna turut diundang untuk memeriahkan lagi malam konsert dengan persembahan muzik berirama Dugem yang sedang menjadi trending di TikTok.
Malah untuk memberikan persembahan yang lebih varisi, Mission Sight Sdn Bhd juga sedang mencari mencari seorang penyanyi lelaki dari Malaysia atau Indonesia yang bersesuaian untuk menyampaikan lagu-lagu Rock Dangdut.
Layari media sosial rasmi Konsert Milenia bagi mendapatkan tiket.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Azzam Sham & Sheryl Shazwanie Bakal Timang Anak Sulung, Usia Kandungan Masuk 5 Bulan
Penyanyi Sheryl Shazwanie mengesahkan dirinya sedang hamil cahaya mata pertama dan kandungannya kini mencecah usia lima bulan.
Penyanyi itu berkongsikan berita gembira tersebut di laman Instagramnya dan suami, Azzam Sham pada pagi Jumaat.
“Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat & rezeki yang dikurniakan.
“Pada hari Jumaat yang barakah ini, Azzam & Sheryl ingin berkongsi berita yang kami bakal menimang cahaya mata pertama kami, insyaAllah.
“Usia kandungan kini memasuki lima bulan/trimester kedua,” tulis Sheryl.
Sheryl, 25, dan Azzam, 25, turut berdoa agar segala urusan mereka dalam menantikan kedatangan buah hati pertama itu dipermudahkan Allah SWT.
“Kami mengharapkan doa yang baik semoga urusan ibu & zuriat yg bakal lahir ini dipermudahkan, menjadi anak yg soleh dan solehah, penyejuk mata, penyenang hati, membesar dengan baik dan sihat wal’afiat serta menjadi insan yg berjasa kepada agama & masyarakat,” tulis Sheryl lagi.
Sheryl dan Azzam berkahwin pada tanggal 1 Januari lalu di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.
Pasangan ini mengenali satu sama lain selama lebih enam tahun sejak mereka bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sheryl Shazwanie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI